Selasa, 3 Mei 2011

TANDA WAQAF LAZIM DALAM SURAH YAASEEN

Soalan: Apakah maksud tanda huruf Mim kecil yang terdapat dalam surah Yaa Seen?

Jawab:

Memang ada tanda Mim kecil di dalam surah Yaa Seen iaitu dalam ayat 76 ;

ﭿ

Maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa Yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.( Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, edisi Jawi, cetakan kesembilan, 1988, hal. 963)

Waqaf pada tanda ( م ) kecil ini adalah dituntut kerana maksud ayat tidak akan terserlah tanpa berhenti pada tempat ini. Tanda ini adalah singkatan dari kalimah ( لازم ) bermaksud mesti dalam bahasa Arab.

Bahkan berhenti pada kalimah (ﭿ ) adalah dianggap waqaf Tamm ( sempurna) menurut al-Imam al-Farra’ dan al-Imam Abu Hatim sebab berakhirnya kata-kata orang kafir sehingga kita boleh faham bahawa kata-kata (tuduhan) orang kafir telah yang menyebabkan Rasulullah s.a.w berdukacita. Ayat selepasnya adalah firman Allah yang menyatakan Allah Maha Mengetahui segala yang tersebunyi dan yang nyata.( Manar al-Huda, fi Bayan al-Waqf wal Ibtida, Ahmad bin Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Asymuniy,hal.643).

Dan boleh dikatakan ayat tersebut mempunyai tanda Waqaf Lazim ( huruf Mim kecil ) di dalam semua mushaf Al-Quran yang ada di negara kita. Justeru, kita hendaklah mengamalkan waqaf tersebut setiap kali kita membaca ayat tersebut di atas dan ayat-ayat lain yang mempunyai tanda waqaf Lazim. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan