Isnin, 30 Mei 2011

GURU-GURUKU DALAM BIDANG AL-QURAN

Gambar kenangan bersama guru saya Tan Sri Hj Hassan bin Azhari, hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau seorang yang tegas semasa mengajar dan seorang yang sangat mesra serta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pandangan dengan saya.Beliaulah insan yang banyak mendorong saya agar mengajarkan ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran agar termasuk dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang dinyatakan di dalam hadis sahih " Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya" Hadis Riwayat al-Bukhari.

Nama beliau Abd. Syukur berasal dari Indonesia. Beliau guru Tarannum al-Quran. Anak murid Kiyahi Basori Alwi, alim besar dalam bidang al-Quran di Indonesia.



Nama beliau Muhammad Hambali bin Abd. Salam, mantan Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, mantan Nazir dan imam Masjid As-Syarif Pekan Selangor. Beliau juga merupakan Tokoh Imam dan Guru Agama Negeri Selangor.
Nama beliau ialah Hassan bin Azhari kelahiran Makkah al-Mukarramah. Beliau belajar ilmu tajwid dan qiraat dari ulama al-Quran di Makkah dan Mesir seperti Shaiykh Ismail Tamim dan Shaykh Sayed Mahmud al-Bukhari. Salah seorang anak murid beliau yang terkenal ialah Hj Muhammad Hanbali bin Abd. Salam.


Nama beliau Ahmad Badawi bin Abdullah, mantan pensyarah di UKM dan salah seorang anggota dalam Ahli JAwatankuasa Pentashih Mushaf Al-Quran (KDN). Beliau berasal dari Negeri Pahang. Saya banyak mendapat banyak tunjuk ajar dan bimbingan dalam bidang Tajwid al-Quran secara teori dan amali iatu talaqqi dan musyfahah dalam tempoh 2 tahun. Ya Allah panjangkan umur guruku ini dan berkatilah ilmu yang diajarkan kepada kami anak-anak muridnya.


ZIKIR PAGI DAN PETANG YANG UTAMA


ZIKIR INI DIBACA SELEPAS SOLAT SUBUH DAN SOLAT ASAR

( 1 ) اللَّـهُـمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لَآ إِلَــهَ إِلَّآ أَنْتَ, خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ , وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ, أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ , وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ , فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّآ أَنْتَ ( 1 كالي

( 2 ) بِسْمِ اللَّهِ الَّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِى الْأَرْضِ وَلَا فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ( 3 كالي )

( 3 ) رَضِيْتُ بِاللَّهِ رَبًّا , وَبِالْإِسْلَامِ دِيْنًا, وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا ( 3 كالي )

( 4 ) أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ( 3 كالي )

(5 ) يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ ( 1 كالي )

( 6 ) اللَّـهُـمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ ( 10 كالي )

( 7 ) اللَّهُـمَّ اجْعَلْ فِى قَلْبِيْ نُوْرًا , وَفِى لِسَانِيْ نُوْرًا , وَاجْعَلْ فِى سَمْعِيْ نُوْرًا , وَاجْعَلْ فِى بَصَرِيْ نُوْرًا , وَاجْعَلْ مِنْ خَلْفِيْ نُوْرًا , وَمِنْ أَمَامِيْ نُوْرًا , وَاجْعَلْ مِنْ فَوْقِيْ نُوْرًا , وَمِنْ تَحْتِيْ نُوْرًا , اللَّهُـمَّ أَعْطِنِيْ نُوْرًا ( 1كالي )

MENGHALAU JIN YANG MENGANGGU MANUSIA JIN 1

Jika ada orang diganggu oleh jin, maka anda boleh membantunya dengan cara berikut;

1. Baca surah al-Fatihah 1 kali
2. Baca ayat al-Kursiy ( 9 kali waqaf ) 1 kali
3. Baya surah al-Jinn ( ayat 1-6 ) 1 kali
4. Kemudian tiup pada air minuman
5. Air minuman hendaklah diminum oleh orang yang sedang diganggu oleh jin
6. Air itu juga boleh direnjiskan di setiap penjuru rumah atau kediaman orang berkenaan untuk menghalau jin keluar.

insya Allah mujarab. Demikianlah ilmu yang diijazahkan oleh Kiyahi Mahfudz Sya'roni dari Jawa Indonesia. selamat mencuba.

GAMABAR 3: PESERTA PEREMPUAN YANG MENERIMA SIJIL SANAD 'AMM THARIQ AL-JAZARIY

PARA PESERTA PEREMPUAN YANG MENERIMA SIJIL SANAD 'AMM UNTUK BACAAN SURAH YASIN THARIQ AL-JAZARIY
SURAU AS-SYAKIRIN TMN PUCHONG UTAMA
27HB. MEI 2011











TAHNIAH! SEMOGA ILMU YANG DIPELAJARI DAPAT DIAMALKAN SEBAIK YANG MUNGKIN.

MAJLIS KHATAM SURAH YASIN THARIQ AL-JAZARIY DI SURAU ASSYAKIRIN


GAMBAR 2: PESERTA LELAKI YANG MENERIMA SIJIL SANAD 'AMM BACAAN YASIN THARIQ AL-JAZARIY DI SURAU AS-SYAKIRIN TMN PUCHONG UTAMA
27HB. MEI 2011









































Ahad, 29 Mei 2011

GAMBAR-GAMABAR KENANGAN DI MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL SANAD 'AMM THARIQ AL-JAZARIY



GAMBAR-GAMBAR 1
AHLI JAMAAH SURAU AS-SYAKIRIN TAMAN PUCHONG UTAMA PADA 27HB. MEI 2011

Hj. Osman

Anas bin Abd. Razak menerima sijil sanad 'amm thariq al-Jazariy

Anuar bin Abd. Razak menerima sijil sanad 'amm thariq al-Jazariy

Mohd. Hanizam menerima sijil sanad 'amm thariq al-Jazariy

Hj. Azizan, Bendehari Surau As-Syakirin Tmn. Puchong Utama

Bilal Azman, Bilal Surau As-Syakirin Tmn Puchong Utama

Encik Zulbahri, Setiausaha Surau As-Syakirin Tmn Puchong Utama

Tn. Hj. Fahil, mantan Pengerusi Surau As-Syakirin Tmn Puchong Utama

Ustaz Hj. Mohd. Arshad sedang menerima sijil sanad 'amm Thariq al-Jazariy di Surau As-Syakirin Taman Puchong Utama pada 27hb. Mei 2011

Mereka adalah sebahagian yang setia mempelajari bacaan Al-Quran secara musyafahah menurut Thariq al-syathibiy. Ya Allah panjang umur kami agar mereka sempat khatam 30 juz dan menerima ijazah sanad lengkap untuk bacaan al-Quran thariq as-Syatibiy.

Jumaat, 27 Mei 2011

GAMBAR KENANGAN DI SURAU AS-SYAKIRIN 2011

Para jamaah Surau As-Syakirin bergambar kenangan selepas majlis khatam bacaan surah Yasin menurut Thariq Al-Jazariy.

Membaca surah Yaasiin pada hari Khamis malam Jumaat adalah amalan yang sinonim dengan umat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh negara Islam amnya. Namun, tidak semua umat Islam yang tahu membaca surah tersebut dengan kaedah yang betul terutamanya yang berkaitan dengan hukum tajwid, waqaf, ibtida', kadar madd, tafkhim, tarqiq dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa Surau As-Syakirin telah mengadakan kuliah khas untuk mempelajari kaedah membaca surah Yaasiin secara hadr menurut qiraat 'Ashim riwayat Hafsh Thariq Rawdhah al-Huffadz ( Thariq al-Jazari). Untuk tujuan tersebut, mereka telah mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar dari Ustaz Dahim bin Jalal al-Jawiy. Kuliah sebanyak 4 siri tersebut diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Mei 2011. Pada majlis penutup, para peserta telah dianugerahkan sijil sanad bacaan surah Yaasiin. Semoga mereka akan istiqamah untuk membaca surah Yaasiin dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari demi menuntut keredhaan dari Allah Ta'ala. TAHNIAH!


Sabtu, 14 Mei 2011

SHEIKH KAMI AL-MARHUM ISMAIL TAMIM ALBANTANIY AL-MAKKIY




Nama beliau ialah Sheikh al-Muqri' Dato' Ismail Tamim bin 'Abd. al-'Aziz al-Bantaniy al-Makkiy. Beliau salah seorang imam di Makkah kemudian dilantik sebagai sheikh al-Maqari' Negeri Selangor pada zaman beliau. Dua orang anak murid beliau yang terkenal ialah Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari dan YBhg. Ustaz Hj. Mohd. Hambali bin 'Abd. al-Salam. Nama beliau tertera di dalam ijazah sanad bacaan al-Quran yang dikurniakan kepada saya oleh al-Marhum Ustaz Hj. Hambali bin 'Abd al-Salam. Sanad guru kami ini bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. Semoga Allah sentiasa merahmati ruhnya dan menempatkannya di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Selasa, 10 Mei 2011

DOA MUNAJAT DALAM BAHASA MELAYU

DOA MUNAJAT

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,

Sesungguhnya kami sedar dan insaf ya Allah, kami ini banyak dosa dan kurang ibadah pula. Namun, kami yang lemah dan hina ini memohon rahmat-Mu yang maha luas ya Allah.

Kami memohon kepada-Mu dengan berkat kemuliaan setiap huruf yang terkandung di dalam surah Yaasiin ya Allah;

Dosa kami tolong ampuni ya Allah

Gelap hati kami tolong terangkan ya Allah

Keras hati kami tolong lembutkan ya allah

Kotor di hati kami tolong sucikan ya Allah

Buta hati kami tolong celikkan ya Allah

Lemah jiwa kami tolong kuatkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Gelisah jiwa kami tolong tenangkan ya Allah

Liar nafsu kami tolong jinakkan ya Allah

Jahil kami tolong alimkan ya Allah

Jahat kami tolong baikkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Cinta dunia tolong kikiskan ya Allah

Cinta akhirat tolong suburkan ya Allah

Lalai kami tolong sedarkan ya Allah

Sombong kami tolong tawadhu’kan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sesat kami tolong tunjukkan ya Allah

Susah kami tolong senangkan ya Allah

Masalah kami tolong selesaikan ya Allah

Hutang kami tolong lunaskan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sakit kami tolong sembuhkan ya Allah

Bujang kami tolong kahwinkan ya Allah

Anak-anak kami tolong solehkan ya Allah

Tabiat buruk kami tolong hentikan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Hati-hati kami tolong satukan ya Allah

Persaudaraan kami tolong eratkan ya Allah

Perpaduan kami tolong kekalkan ya Allah

Kediaman kami tolong amankan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Pendek umur kami tolong panjangkan ya Allah

Hilang saudara kami tolong ketemukan ya Allah

Lenyap harta kami tolong gantikan ya Allah

Miskin kami tolong kayakan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Sempit rezeki kami tolong luaskan ya Allah

Perniagaan kami tolong lariskan ya Allah

Urusan hidup kami tolong mudahkan ya Allah

Kurang kami tolong cukupkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Doa kami tolong akbulkan ya Allah

Hajat kami tolong tunaikan ya Allah

Permintaan kami tolong penuhi ya Allah

Permohonan kami tolong luluskan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Gelap kubur tolong terangkan ya Allah

Sempit kubur tolong luaskan ya Allah

Susah di kubur tolong angkatkan ya Allah

Seksa kubur tolong selamatkan ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Pahala bacaan surah Yaasin dan zikir kami tolong sampaikan ya Allah;

Sebagai hadiah kepada ruh ibu kami ya Allah

Sebagai hadiah kepada ruh bapa kami ya Allah

Sebagai hadiah kepada arwah guru kami ya Allah

Sebagai hadiah kepada semua ruh muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat ya Allah

Ampunilah dosa-dosa mereka ya Allah

Terangilah kubur mereka ya Allah

Luaskan kubur mereka ya Allah

Amankanlah mereka dari seksa kubur ya Allah

Ya Hayyu Ya Qoiyyum Ya Arhamar Rohimin

Hanya kepada-Mu kami memohon ya Allah

Tunaikanlah permohonan kami ini ya Allah

Hanya kepada-Mu kami merayu ya Allah

Dengarilah rayuan kami ya Allah

Hanya kepada-Mu kami berdoa ya Allah

Makbulkanlah doa kami ya Allah

Dengan berkat kemuliaan Rasul-Mu

Muhammad s.a.w

-dahimaljawiy/12.05.20011-

AWAS NAMA SYAITAN DALAM SURAH AL-FATIHAH

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

الْحَمْدُلِلَهِ (ساله ) الْحَمْدُ لِلَّهِ (بنر)

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَّب (ساله ) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ (بنر)

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

مَالِكِيَّوْمِ (ساله ) مَالِكِ يَوْمِ (بنر)

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

إِيَّاكَنَّعْ بُدُ (ساله ) إِيَّاكَ نَعْبُدُ (بنر)

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

وَإِيَّاكَنَّسْ تَعِيْنُ (ساله ) وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ (بنر)

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

إِيَاكَ (ساله ) إِيَّاكَ (بنر)

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!

ERTI BACAAN-BACAAN DALAM SOLAT

HAYATI MAKNA BACAAN DI DALAM SOLAT

TAKBIRATUL IHRAM DAN TAKBIR

Allah Maha Besar.

DOA IFTITAH ( dibaca dalam solat sunnat dan fardhu )

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

SURAH AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

BACAAN KETIKA RUKUK

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA BANGUN DARI RUKUK

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

BACAAN KETIKA IKTIDAL

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

BACAAN KETIKA SUJUD

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

BACAAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

kayakan daku,

angkatlah darjatku,

rezekikan daku,

berilah aku hidayah,

sihatkanlah daku dan

maafkanlah akan daku.

BACAAN KETIKA TAHIYYAT AWAL

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta

keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

BACAAN KETIKA TAHIYYAT AKHIR

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.

Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

MAKSUD DOA QUNUT

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.

Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.

Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.

Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.

Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.

Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.

Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.