Selasa, 3 April 2012

PERINGATAN SEBELUM BERAMAL DENGAN THARIQAT

Sebelum kita memasuki mana-mana tariqat yang muktabar hendaklah kita;

1. telah mempelajari ilmu tawhid atau aqidah ahli sunnah wal jamaah secara berguru sekurang-kurangnya khatam 1 kitab seperti kitab Risalah Tauhid. Kita benar-benar faham akan perkara-perkara pokok agar kita tidak beriktiqad dengan iktiqad yang batil seperti Jabariah, Qadariah, Muktazilah, Mujassimah, syiah dan fahaman Wahhabi.

2. telah mempelajari ilmu fiqh secara berguru berdasarkan mazhab-mazhab yang muktabar seperti Syafi'iy, Hambali, Maliki dan Hanafi. Bagi kita di Malaysia kita belajar ilmu fiqh berdasarkan mazhab as-Syafi'iy. Sekurang-kurangnya kita mengetahui kaifiat thaharah, wudhu' dan solat yang betul, kita tahu yang sah dan yang batalm yang wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.

3. telah mempelajari ilmu akhlak atau tasawwuf. Dengan ilmu Tasawwuf kita mengetahui sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah. pelajarilah kitab Penawar Bagi Hati hasil tulisan al-Marhum al-Syaikh Abd al-Mutalib al-Mandiliy.

Setelah kita SELESAI mempelajari ketiga-tiga ilmu asas tersebut, barulah kita boleh sama ada mahu mengamalkan zikir atau awrad tariqat tertentu yang pastinya tariqat yang betul seperti tariqat Naqsyabandiy, dan Tariqat Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah yang terdapat di negeri Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. Ingat!, mengambil tariqat tidak wajib tetapi suatu yang baik untuk menambahkan kebaktian kepada Allah melalui jalan (tariqat) zikir atau awrad khusus yang tidak boleh diperolehi kecuali dengan cara ditalqinkan oleh seseorang syaikh atau khalifah tariqat sebab ia mempunyai sanad yang bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Untuk keterangan lanjut, bertanyalah kepada mereka yang ahli dalam bidang Tasawwuf dan Tariqat. Semoga dengan cara itum kita akan diselamatkan Allah daripada TERSESAT. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan