Selasa, 3 April 2012

TIGA PERKARA YANG MERUGIKAN UMAT ISLAM

1. Malas menuntut ilmu khususnya ilmu-ilmu Islam secara berguru di masjid, surau dan seumapamanya. Bahkan kedapatan orang yang sanggup pergi ke rumah-rumah orang Islam untuk mengajak mereka ke masjid dan surau, TETAPI sayang seribu kali sayang apabila ada kuliah agama/pengajian al-Quran sidia ( yang mengajak tadi ) tidak menyertai kuliah tersebut. Dia pergi mana? Biasanya dia duduk di serambi masjid/surau bersembang-sembang dengan ahli kumpulannya, bahkan kadang-kadang ada yang keluar dari masjid untuk makan di restoran mamak dll. RUGI,RUGI.RUGI, SEDARLAH WAHAI BANGSAKU! Islam bukan setakat bercakap pasal iman dan fadhilat amal sahaja, bahkan banyak lagi aspek kehidupan yang dituntut oleh Islam yang perlu/wajib kita laksanakan.

2. Malu belajar al-Quran di masjid/surau yang dijalankan secara beramai-ramai. Umurnya bukan 7 tahun tapi ada yang 70 tahun, dia sedar dia tak tahu mengaji, tetapi NAFSUnya yang besar memandang kuliah al-Quran ni tak ada apa-apa faedah. maka dia pun pulang ke rumah untuk menonton tv. nanti bila azan Isya' dilaungkan barulah dia datang semula ke masjid/surau. RUGI,RUGI.RUGI! SEDARLAH BANGASAKU! Belajarlah meskipun kamu sudah tahu, kerana ada banyak perkara yang belum kamu tahu!

3. Kedapatan mereka yang suka jika di masjid/surau TAKDE KULIAH AGAMA! terkejut tak? Buktinya cukup senang apabila ada mesyuarat pemilihan ahli jawatankuasa masjid, dia sokong orang-orang yang tertentu. kerana dia tahu kalau orang-orang ini dipilih maka kuliah agama akan PADAM dari senarai aktiviti masjid. Apabila takde kuliah, ceramah bulanan dan program qiamulail, maka duit tabung boleh dikumpulkan sebanyak yang mungkin dan berbangga kerana dapat mengumpulkan wang beratus ribu dalam akaun masjid. RUGI,RUGI,RUGI, SEDARLAH BANGSAKU, Pilih dan sokonglah mereka yang bersungguh-sungguh nak menyelamatkan ahli kariah masjid/surau kamu daripada kejahilan agama.

Fikir dan buatlah tindaklah yang sewajarnya jika pada pandangan saudara/i ia benar. dan ABAIKAN jika ianya salah. Wallahu a/lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan