Khamis, 18 Julai 2013

BIODATA DAHIM BIN JALAL ALJAWIY

Dahim bin Jalal al-Jawiy dilahirkan di Dumai Indonesia pada tanggal 3 Safar 1390H bersamaan 9 April 1970M jam 9 pagi waktu Indonesia.

Beliau mempelajari kitab-kitab turats (kitab-kitab kuning) secara talaqqi dari beberapa ulama' seperti almarhum Tn. Guru Hj. Abd. Rashid bin Mukhtar al-Banjari (Tasawwuf), almarhum Tn. Guru Hj. Anwar Obit al-indunisiy (Fiqh), dan almarhum Tn. Guru Hj. Ghazali Hasbullah (Aqidah). Kemudian beliau diijazahkan amalan Thariqat Ahmadiah Idrisiyyah oleh Tn. Guru Pauzi bin Awang (mantan dekan fakulti Usuluddin Universiti Malaya) pada 2005, dan menerima Ijazah amalan Hizb al-Nawawi, Hizb al-Bahr dan Ratib al-Haddad berserta sanad masing-masing  dari Tn. Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Marbu al-Banjariy al-Makki di Masjid al-Falah USJ9. 

Beliau mendapat tawaran mengikuti pengajian agama dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam(IPI) yang kini dikenali sebagai Kolej Dar Al-Hikmah di mana beliau telah berjaya memperolehi Diploma Pengajian Bhs. Arab (Cemerlang) pada 1994, Diploma Pengajian Al-Quran (Cemerlang) dan diistitiharkan sebagai pelajar cemerlang keseluruhan bagi program Pengajian Al-Quran pada 1997, dan Diploma Pengajian Syariah (Cemerlang) dan sekali lagi beliau dinobatkan sebagai pelajar cemerlang keseluruhan bagi Program Pengajian Syariah pada tahun 2004. 

Beliau mempelajari bacaan al-Quran secara talaqqi dan musyafahah sehingga khatam 30 juz (Thariq al-Syathibiy dan al-Jazariy) dari almarhum Ustaz Hj. Mohd. Hambali bin Abd. Salam dan diijazahkan Sanad Qiraat al-Quran 30 juz sebagaimana beliau terima dari dua orang guru beliau iaitu YBhg. Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhar hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan almarhum Dato' Syaikh Ismail Tamim bin Abdul Aziz al-Bantaniy al-Makkiy iaitu Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor yang sanad beliau bersambung hingga kepada Rasulullah s.a.w.

Kemudian beliau sekali lagi bertalaqqi dari YBhg. Ustaz Mohd.Firdaus al-Muqri sehingga khatam 30 juz dan diijazahkan Syahadah Ijazah Sanad sebagaimana beliau terima dari guru beliau al-marhum syaikh Ridha bin Salim iaitu guru qiraat di Mahaad al-Qiraat Syubra, universiti Al-Azhar, Mesir yang sanad beliau bersambung hingga kepada Rasulullah s.a.w.

Beliau perrnah bertugas sebagai Guru Besar di

1. Sekolah Rendah Agama Kg. Seri Aman Puchong,

2. Sekolah Rendah Agama Al-Falah Taman Bukit Kuchai Puchong

3. Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

4. Mudir Maahad Tahfiz Al-Ihsan Subang Jaya,

5. Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Masjid Darul Ehsan Subang Jaya.

Pada 31 April 2009 beliau bersara awal dari dunia pendidikan dan pentadbiran. Kini beliau berkongsi ilmu bersama umat Islam di masjid, surau, sekolah, jabatan, syarikat dan kilang untuk ceramah dan kuliah mingguan atau bulanan. Disamping itu, beliau juga seorang pengamal rawatan Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan