Isnin, 2 Mei 2016

KURSUS ILMU RAWATAN ISLAM

Pihak masjid, surau, sekolah dll yang ingin menganjurkan ceramah atau kursus ilmu rawatan Islam sama ada secara intensif atau bersiri, bolehlah menghubungi saya melalui talian 013-2264264 (telefon/whatsapp/ telegram atau facebook).

Dahim bin Jalal
Pembimbing Kursus Ilmu Rawatan Islam Bertauliah.

Sabtu, 28 November 2015

PENGANUGERAHAN IJAZAH SANAD AL-QURAN

Tahniah kepada encik Azman bin Jumaat berjaya mempelajari bacaan al-Quran dari  saya secara musyafahah sehingga dianugerahkan Ijazah Sanad Al-Quran. Beliau berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran setelah bertalaqqi selama 15 tahun. Semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan diajarkan kepada umat Islam.

Rabu, 11 November 2015

MAAHAD TAHFIZ AL-IHSAN SUBANG JAYA

Saya Dahim bin Jalal, mantan pengetua Maahad Tahfiz Al-Ihsan Subang Jaya telah bersara pada tahun 2009.  Justeru, segala urusan yang berkaitan dengan maahad tersebut hendaklah dirujuk terus kepada pihak pengurusannya. Sila hubungi 0356380486 untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Selasa, 27 Oktober 2015

KHIDMAT RAWATAN ARRUQA

Assalamualaikum.

KHIDMAT RAWATAN ARRUQA

ALAMAT:

SURAU HAJI JANGIDIN
Jalan Iskandar,
Kampung Bukit Kapar,
Kapar, 42200, Klang.
(Alamat sementara)

MASA

9 am hjingga 12 pm
3 pm hingga 6 pm

JANJI TEMU

Sila buat janji temu terlebih dahulu sebelum anda datang.

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA

Pesakit akan dimaklumkan tentang bahan-bahan yang perlu dibawa untuk tujuan rawatan. Contoh:

(1) Air mineral yang 1500ml 12 botol

(2) Limau nipis 12 biji

(3) Garam kasar

RAWATAN DI RUMAH PESAKIT/HOSPITAL/HOTEL DLL

Saya akan datang ke rumah pesakit di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sila whatsapp atau SMS kan nama, alamat, tarikh dan masa yang anda inginkan ke nombor 013-2264 264, in sya Allah saya cuba membantu anda.

WAKTU RAWATAN DI RUMAH PESAKIT

Rawatan hanya pada waktu siang sahaja.

Tarikh rawatan di rumah pesakit akan dimaklumkan sebaik sahaja anda whatsapp atau SMSkan ke nombor 013-2264264 in sya Allah.

Sabtu, 24 Oktober 2015

KESILAPAN DALAM TEKS DOA SELAMAT

Kesilapan dalam teks Doa Selamat yang tersebar di negara kita, mungkin seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Saya terdengar seorang imam membaca:

فِى الْحَالِ وَالْمَالِ

Sebenarnya imam berkenaan sepatutnya membaca;

فِى الْحَالِ وَالْمَآلِ

Huruf Hamzah dibaca Madd iaitu seolah-olah dieja seperti berikut:

فِى الْحَالِ وَالْمَئَالِ

" Pada masa kini dan masa yang akan datang".

Wallahu a'lam.

Alfaqir Dahim
013-2264264

Khamis, 22 Oktober 2015

Alamat rawatan Islam

Mereka yang mengalami gangguan jin dan sihir boleh hubungi nombor 0132264264, in sya Allah boleh diikhtiarkan. Terima kasih