Rabu, 24 Julai 2013

KENANGAN MENGAJI BERSAMA TN. GURU HJ GHAZALI HASBULLAH

Salah seorang guru saya ialah almarhum Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah. Kami murid-murid memanggil beliau abuya. Beliau seorang banyak berzikir dan bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Abuya akan solat sunat 100 rakaat pada malam hari ketika sihat. Beliau hanya solat sunat 60 rakaat pada malam hari apabila beliau uzur atau tkurang sihat.

Abuya seorang mantap keyakinannya kepada Allah dan tidak takut untuk berkata benar. Dan mungkin kerana sikapnya yang sangat berani dan menyebabkan ada yang tahan maka beliau ditahan di dalam penjara menurut akta ISA.

Sebagai seorang yang alim dan amilin beliau sangat prihatin terhadap nasib orang-orang yang miskin, muallaf, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainy. Abuya banyak memberi saya nasihat dan tunjuk ajar yang membina khususnya dari aspek kerohanian dan ibadat kepada Allah. Beliau tidak kedekut ilmu dan sangat mesra dengan sesiapa  sahaja yang beliau temui.

Semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan syuhada', solihin dan shiddiqin. Alfatihah untuk ruh beliau.