Sabtu, 28 November 2015

PENGANUGERAHAN IJAZAH SANAD AL-QURAN

Tahniah kepada encik Azman bin Jumaat berjaya mempelajari bacaan al-Quran dari  saya secara musyafahah sehingga dianugerahkan Ijazah Sanad Al-Quran. Beliau berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran setelah bertalaqqi selama 15 tahun. Semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan diajarkan kepada umat Islam.

Rabu, 11 November 2015

MAAHAD TAHFIZ AL-IHSAN SUBANG JAYA

Saya Dahim bin Jalal, mantan pengetua Maahad Tahfiz Al-Ihsan Subang Jaya telah bersara pada tahun 2009.  Justeru, segala urusan yang berkaitan dengan maahad tersebut hendaklah dirujuk terus kepada pihak pengurusannya. Sila hubungi 0356380486 untuk keterangan lanjut. Terima kasih.