Gambar ustaz Dahim bin Jalal
Selasa, 16 Ogos 2016
Isnin, 2 Mei 2016
KURSUS ILMU RAWATAN ISLAM
Pihak masjid, surau, sekolah dll yang ingin menganjurkan ceramah atau kursus ilmu rawatan Islam sama ada secara intensif atau bersiri, bolehlah menghubungi saya melalui talian 013-2264264 (telefon/whatsapp/ telegram atau facebook).
Dahim bin Jalal
Pembimbing Kursus Ilmu Rawatan Islam Bertauliah.
Sabtu, 28 November 2015
PENGANUGERAHAN IJAZAH SANAD AL-QURAN
Tahniah kepada encik Azman bin Jumaat berjaya mempelajari bacaan al-Quran dari saya secara musyafahah sehingga dianugerahkan Ijazah Sanad Al-Quran. Beliau berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran setelah bertalaqqi selama 15 tahun. Semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan diajarkan kepada umat Islam.
Rabu, 11 November 2015
MAAHAD TAHFIZ AL-IHSAN SUBANG JAYA
Saya Dahim bin Jalal, mantan pengetua Maahad Tahfiz Al-Ihsan Subang Jaya telah bersara pada tahun 2009. Justeru, segala urusan yang berkaitan dengan maahad tersebut hendaklah dirujuk terus kepada pihak pengurusannya. Sila hubungi 0356380486 untuk keterangan lanjut. Terima kasih.
Selasa, 27 Oktober 2015
KHIDMAT RAWATAN ARRUQA
Assalamualaikum.
KHIDMAT RAWATAN ARRUQA
ALAMAT:
SURAU HAJI JANGIDIN
Jalan Iskandar,
Kampung Bukit Kapar,
Kapar, 42200, Klang.
(Alamat sementara)
MASA
9 am hjingga 12 pm
3 pm hingga 6 pm
JANJI TEMU
Sila buat janji temu terlebih dahulu sebelum anda datang.
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA
Pesakit akan dimaklumkan tentang bahan-bahan yang perlu dibawa untuk tujuan rawatan. Contoh:
(1) Air mineral yang 1500ml 12 botol
(2) Limau nipis 12 biji
(3) Garam kasar
RAWATAN DI RUMAH PESAKIT/HOSPITAL/HOTEL DLL
Saya akan datang ke rumah pesakit di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sila whatsapp atau SMS kan nama, alamat, tarikh dan masa yang anda inginkan ke nombor 013-2264 264, in sya Allah saya cuba membantu anda.
WAKTU RAWATAN DI RUMAH PESAKIT
Rawatan hanya pada waktu siang sahaja.
Tarikh rawatan di rumah pesakit akan dimaklumkan sebaik sahaja anda whatsapp atau SMSkan ke nombor 013-2264264 in sya Allah.
Sabtu, 24 Oktober 2015
KESILAPAN DALAM TEKS DOA SELAMAT
Kesilapan dalam teks Doa Selamat yang tersebar di negara kita, mungkin seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Saya terdengar seorang imam membaca:
فِى الْحَالِ وَالْمَالِ
Sebenarnya imam berkenaan sepatutnya membaca;
فِى الْحَالِ وَالْمَآلِ
Huruf Hamzah dibaca Madd iaitu seolah-olah dieja seperti berikut:
فِى الْحَالِ وَالْمَئَالِ
" Pada masa kini dan masa yang akan datang".
Wallahu a'lam.
Alfaqir Dahim
013-2264264
Khamis, 22 Oktober 2015
Alamat rawatan Islam
Mereka yang mengalami gangguan jin dan sihir boleh hubungi nombor 0132264264, in sya Allah boleh diikhtiarkan. Terima kasih
Khamis, 15 Oktober 2015
KULIAH ILMU RAWATAN ISLAM
Pihak masjid, surau dan jabatan kerajaan atau syarikat swasta yang ingin mengadakan kuliah ilmu rawatan Islam bolehlah terus menghubungi ustaz Dahim menerusi talian 013-2264 264.
Ahad, 23 Ogos 2015
CERAMAH KAEDAH RAWATAN ISLAM DI SEKOLAH
Pihak sekolah, masjid, surau dll yang ingin menganjurkan ceramah rawatan Islam bolehlah menghubungi saya di talian 013-2264 264.
Para peserta diminta membawa:
1. Air mineral yang 1500ml (3 botol) dan 500ml ( 2 botol)
2. Buku catatan dan pen
3. Duit untuk membeli buku panduan merawat
Penyertaan percuma.
Khamis, 13 Ogos 2015
BIODATA DAHIM BIN JALAL
Ustaz Dahim bin Jalal, pembimbing Kursus Ilmu Rawatan Islam dan pendakawah bertauliah.
Beliau aktif memberi khidmat rawatan kepada pesakit-pesakit di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Di samping itu, beliau juga kerap dijemput oleh pihak masjid, surau, sekolah, jabatan kerajaan dan syarikat swasta untuk memberi khidmat bimbingan dan kaedah rawatan Islam.
Mantan guru besar Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan Subang Jaya ini juga aktif mengajar di masjid dan surau untuk pengajian berkitab.
Beliau boleh dihubungi menerusi talian 013 2264 264 (Call @ WhatsApp)
RAWATAN ISLAM BERSAMA USTAZ DAHIM
RAWATAN USTAZ DAHIM DI SHAH ALAM DAN KLANG
Hari: Sabtu
Masa: 9.15am hgg 12pm
Tempat: Surau Annajahiyyah
Jalan Batas 19/6
Seksyen 19 Shah Alam
Hari: Ahad
Masa: 8.15am hgg 11am
Tempat: Surau Hj. Jangidin
Jalan Hj. Alias
Off Jalan Iskandar
Kampung Bukit Kapar
Bilangan pesakit terhad untuk 5 orang pesakit yang terawal membuat appoiment. Jadi, anda perlu buat tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh rawatan.
Saya juga merawat pesakit di IJN/Hospital kerajaan/swasta jika ada permintaan dari pesakit atau ahli keluarga pesakit.
BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA:
1) Air mineral yang 1500ml sebanyak 12 botol.
2) Garam kasar 1 mangkuk atau 2 bungkus
3) Limau nipis 21 biji
4) Kain pelikat yang telah dibasuh
5) Minyak wangi kasturi hitam atau putih sekurang-kurangnya 1 botol kecil.
Sila hubungi saya 013-2264 264 untuk tempahan tarikh rawatan. Sila hantar mesej melalui WhatsApp ke no hp tersebut untuk saya berikan info rawatan, doa, zikir dll.
TANDA-TANDA GANGGUAN JIN
ALAMAT TERKENA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR
1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki/tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Mendengar bunyi guli jatuh di atas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran, biasanya ada kaitan dengan ilmu persilatan yang dipelajari.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Kerap sendawa /Mengantuk /Gelisah/panas ditengkuk bila dengan bacaan Al-Quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk spt merokok sambil buang air besar.
25) Kerap keguguran.
26) Gagal melakukan hubungan kelamin.
27) Bermimpi seram yang menakutkan.
28) Darah haid turun lebih 15 hari.
29) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
30) Selalu ditindih ketika tidur.
31) Kuat berangan.
32) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
33) Nafsu seksual yang melampau.
34) Selalu melihat kelibat di rumah.
35) Terasa diri selalu diperhatikan /diekori.
36) Mandul.
37) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
38) Melihat jin secara terus.
39) Sakit mental atau gila.
40) Sakit tulang belakang tanpa sebab.
41) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.
42) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.
43) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.
44) Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.
45) Timbul rasa takut tanpa sebab.
46) Sering pengsan tanpa sebab.
47) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
48) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).
49) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
50) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
51) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
52) Merasa panas di dalam perut atau terasa panas di seluruh anggota badan.
53) Kerap bermimpi bertemu orang yang telah mati
54) Bermimpi menyusukan bayi atau melihat kanak-kanak
55) Bermimpi dipatuk ular
56) Takut melihat wajah isteri atau suami kerana terlalu hodoh/menyeramkan.
57) Boleh bersilat tanpa mempelajari ilmu persilatan.
58) Badan merasa sakit apabila mahu pergi ke tempat kerja, atau menjadi lemah semangat apabila berada di tempat kerja.
59) Tidak mahu dibawa berubat secara Islam.
60) Sukar melakukan ketaatan spt solat fardhu semasa di dalam rumah sendiri.
Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan di atas, maka ada kemungkinan anda sedang terkena gangguan jin atau sihir. Wallahu a'lam.
SILA HUBUNGI:
DAHIM
Pengamal Pungubatan Al-Quran & Assunnah*
(013-2264264)
dahimabada166@gmail
* merawat pesakit di IJN/Hospital/rumah pesakit atas permintaan pesakit atau ahli keluarga pesakit
* memberi ceramah kaedah rawatan Islam di masjid/surau/sekolah/jabatan kerajaan/swasta dll
JUMAAT 29 SYAWAL 1436H
14 OGOS 2015M
Ahad, 14 Disember 2014
UBAT DEMAM DENGGI
Cabut pokok serai makan, ambil akar tunjangnya dan basuh hingga bersih. Kemudian rebus akar serai tersebut dengan air sebanyak 2 gelas sehingga tinggal 1 gelas air. Air tersebut diminum semasa ianya masih suam. Amalkan petua ini 3 kali sehari ( pagi, tengahari dan malam) selama 3 hari atau hingga sembuh. Selamat mencuba.
Sabtu, 6 Disember 2014
GURU-GURUKU DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM
Guru-guruku dalam rawatan antaranya ialah:
1. Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah rahimahullah (almarhum)
2. Tn. Guru Hj. Abdul Halim bin Muhamad Saud Kubang Krian
3. Al- Fadhil Ustaz Muna bin Hamzan
4. Al-Fadhil Ustaz Abd. Majid bin Hasan (AKRINE)
Jumaat, 2 Mei 2014
KEMBALINYA SEORANG AHLI AL-QURAN KE PANGKUAN PENCIPTANYA
Hari ini Jumaat 2 Rajab 1435H/2 Mei 2014M jam 12.10pm Guru saya yang disayangi al-Fadhil Ahmad Badawi bin Abdullah al-Hafiz telah kembali ke pangkuan Ilahi di HUKM dan dikebumikan di kampung beliau di Termeloh. Dialah insan yang cukup berjasa kepada saya dalam bidang al-Quran khususnya dalam bidang tajwid ilmi dan tajwid 'amali semasa saya menuntut di Kolej Dar al-Hikmah. Beliau seorang yang cukup tawaduk dan tak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya. Namanya tetap terpahat di hati ini sebagai seorang yang solih. Nama beliau ada tertulis sebagai salah seorang penyemak teks al-Quran dari Jawatankuasa Penyemak Al-Quran KDN. Semoga Allah memasukkan ruhnya ke dalam jannah sebagai ahli al-Quran. Amin! Al-Fatihah!
Rabu, 24 Julai 2013
KENANGAN MENGAJI BERSAMA TN. GURU HJ GHAZALI HASBULLAH
Salah seorang guru saya ialah almarhum Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah. Kami murid-murid memanggil beliau abuya. Beliau seorang banyak berzikir dan bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w.
Abuya akan solat sunat 100 rakaat pada malam hari ketika sihat. Beliau hanya solat sunat 60 rakaat pada malam hari apabila beliau uzur atau tkurang sihat.
Abuya seorang mantap keyakinannya kepada Allah dan tidak takut untuk berkata benar. Dan mungkin kerana sikapnya yang sangat berani dan menyebabkan ada yang tahan maka beliau ditahan di dalam penjara menurut akta ISA.
Sebagai seorang yang alim dan amilin beliau sangat prihatin terhadap nasib orang-orang yang miskin, muallaf, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainy. Abuya banyak memberi saya nasihat dan tunjuk ajar yang membina khususnya dari aspek kerohanian dan ibadat kepada Allah. Beliau tidak kedekut ilmu dan sangat mesra dengan sesiapa sahaja yang beliau temui.
Semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan syuhada', solihin dan shiddiqin. Alfatihah untuk ruh beliau.
Isnin, 3 Oktober 2011
WAFATNYA GURUKU IMAM HAMBALI
Guru saya yang saya sayangi, al-Marhum Ustaz Hambali adalah antara tokoh pendidikan yang terkenal di negeri Selangor. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu20 April 2011 selepas Asar. Solat jenazah beliau dilakukan di Masjid Asy Syarif Meru pada pagi Khamis 21 April 2011. Semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah SWT.
Berikut adalah petikan biografi beliau dari Prosiding Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008:
Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1931 di Meru, Klang. Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Binjai, Meru Klang dari tahun 1938 sehingga 1945. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Al-Madrasah Al-Junid di Singapura antara tahun 1951 hingga 1945 atas sokongan kuat daripada gurunya yang dapat mengesan kepetahan beliau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pada sekitar tahun 1982 hingga 1986 beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian Islam.
Beliau merupakan anak didik Syeikh Ustaz Mahmud Arif Al-Bukhari yang terkenal itu sekitar 1948 hingga 1950 di Marthail ’Ulum yang kemudian dikenali sebagai Kolej Islam Klang. Selain daripada itu, beliau juga sempat berguru dengan Ustaz Ahmad Mohammad Sonhaji, Ustaz Abdul Hakim Azhari (abang kepada Dato’ Haji Hassan Azhari) serta Dato Haji Hassan Azhari sendiri dan Dato’ Syeikh Ismail yang mengajarTalaqqi Musyafahat sehingga beliau berjaya mendapat sijil pengiktirafan Syaikhul Maqari’ sebagai ijazah sanad.
Ustaz Hj. Hambali telah memulakan tugas sebagai guru agama pada tahun 1954 di Sekolah Hishamuddin Kampung Jawa Klang. Setelah mencurahkan bakti dalam mendidik anak watan, beliau beralih kerjaya sebagai kerani kepada dua orang Nazir di Klang iaitu Ustaz Ali Abu Bakar dan Ustaz Ismail Mohammad pada tahun 1958. Pada tahun 1974, Ustaz Hj Hambali kembali bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Klang dan Sekolah Menengah Agama Rendah Hishamuddin sehingga penghujung 1981 serta memegang jawatan sebagai guru penolong kanan. Beliau mengakhiri perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru besar di Sekolah Menengah Agama Jeram yang mana beliau merupakan pengasas sekolah tersebut.
Selain aktif dalam bidang pendidikan, Ustaz Hj. Hambali juga bergiat aktif dalam kegiatan berdakwah. Beliau banyak menghabiskan masa dengan menyampaikan syarahan agama, menjalankan pelbagai kelas pengajaran agama dan mengajar tilawah secara talaqqi. Beliau merupakan panel hakim Majlis Tilawah peringkat mukim, daerah dan negeri serta Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Imam Besar dan Nazir Masjid Al-Syarif, Meru, Klang (1991 - 1998).
Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Kalsom binti Paidi dan telah dikurniakan seramai 7 orang cahayamata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Selangor (1995) dan dikurniakan pelbagai pingat, serta penerima Anugerah Kehormat Konvokesyen Keenam Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (2003).
Syukur kepada Allah saya sempat bertalaqqi al-Quran secara individu dari beliau dari 7 Ogos 1998 sehingga saya khatam pada 24 Mac 2000 di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Selangor dan beliau mengijazahkan saya sanad bacaan Al-Quran Thariq Riwayat Hafs Qiraat 'Ashim Thariq al-Syathibiyyah dan Thariq Rawdhah Al-Huffadz. Kehilangannya beliau amat saya rasakan kerana beliaulah yang mengajak saya menetap di Meru untuk menemani beliau. Sungguh sayu hati saya setiap kali hari Jumaat, kerana beliau biasa khatam al-Quran sebelum khatib naik ke mimbar, dan kali terakhir saya berbual dan memimpin beliau untuk solat Jumaat di masjid As-Syarif. Ya Allah ampunilah dosa-dosa guruku, terangilah kuburnya, luaskanlah kuburnya seluas-luasnya. Amin ya Rabbal 'alamin. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan usaha beliau mengajarkan al-Quran hingga ke nafasku yang terakhir.
رحمه الله تعالى
Jumaat, 8 Julai 2011
DOA UNTUK MENDAPAT HUSN AL-KHATIMAH
اللَّــهُـمَّ أَكْرِمْ هَـذِهِ الْأُمَّةَ الْمُحَمَّدِيَّةَ
Wahai Allah muliakanlah umat Muhammad ini
بِجَمِيْلِ عَوَائِدِكَ فى الدَّارَيْنِ
Dengan belas kasih-Mu yang indah di dunia dan akhirat
إِكْرَامًا لِّمَنْ جَعَلْتَهَا مِنْ أُمَّتِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sebagai kemuliaan untuk orang yang Engkau jadikannya dari
golongan umat Muhammad Shalallahu ‘Alayhi Wassalam
يَا رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ
Wahai Tuhan segala sesuatu dengan kekuasaan-Mu
atas segala sesuatu
اغْفِرْ لِيْ كُلَّ شَيْءٍ وَلَا تَسْأَلْنِيْ عَنْ كُلِّ شَيْءٍ
Ampunilah segala sesuatu dosaku, janganlah kiranya Engkau
menanyai aku tentang sesuatu
وَلَا تُحَاسِبْنٍيْ فِى كُلِّ شَيْءٍ وَأَعْطِنِيْ كُلَّ شَيْءٍ
Dan janganlah pula Engkau menghisab aku dalam segala sesuatu,
dan berikanlah kepadaku anugerah segala sesuatu.
( Nashaih al-‘Ibad, Imam al-Nawawiy al-Bantaniy, halaman 7-8 )
Sabtu, 4 Jun 2011
DOA AGAR AHLI KELUARGA MENJADI SOLEH DAN SOLEHAH
DOA BERIKUT SANGAT BAIK DIBACA SELEPAS SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN
ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ
"Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi".
ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝﭞ ﭟ ﭠ ﭡ
Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".
ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ
Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"
ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧﯨ ﯩ ﯪ ﯫ
.
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang. Dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami Imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
ﭘ ﭙ ﭚﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ
Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;