Khamis, 13 Ogos 2015

RAWATAN ISLAM BERSAMA USTAZ DAHIM

RAWATAN USTAZ DAHIM DI SHAH ALAM DAN KLANG

Hari:  Sabtu
Masa:  9.15am hgg 12pm
Tempat: Surau Annajahiyyah
                Jalan Batas 19/6
                Seksyen 19 Shah Alam

Hari:  Ahad
Masa:  8.15am hgg 11am
Tempat: Surau Hj. Jangidin
                Jalan Hj. Alias
                Off Jalan Iskandar
                Kampung Bukit Kapar

Bilangan pesakit terhad untuk 5 orang pesakit yang terawal membuat appoiment. Jadi, anda perlu buat tempahan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh rawatan.

Saya juga merawat pesakit di IJN/Hospital kerajaan/swasta jika ada permintaan dari pesakit atau ahli keluarga pesakit.

BAHAN-BAHAN YANG PERLU DIBAWA:

1) Air mineral yang 1500ml sebanyak 12 botol.

2) Garam kasar 1 mangkuk atau 2 bungkus

3) Limau nipis 21 biji

4) Kain pelikat yang telah dibasuh

5) Minyak wangi kasturi hitam atau putih sekurang-kurangnya 1 botol kecil.

Sila hubungi saya 013-2264 264 untuk tempahan tarikh rawatan. Sila hantar mesej melalui WhatsApp ke no hp tersebut untuk saya berikan info rawatan, doa, zikir dll.

TANDA-TANDA GANGGUAN JIN

ALAMAT TERKENA GANGGUAN JIN ATAU SIHIR

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.

5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8) Sakit dada bila waktu asar ke atas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki/tangan selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Mendengar bunyi guli jatuh di atas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran, biasanya ada kaitan dengan ilmu persilatan yang dipelajari.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Kerap sendawa /Mengantuk /Gelisah/panas ditengkuk bila dengan bacaan Al-Quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk spt merokok sambil buang air besar.

25) Kerap keguguran.

26) Gagal melakukan hubungan kelamin.

27) Bermimpi seram yang menakutkan.

28) Darah haid turun lebih 15 hari.

29) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

30) Selalu ditindih ketika tidur.

31) Kuat berangan.

32) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

33) Nafsu seksual yang melampau.

34) Selalu melihat kelibat di rumah.

35) Terasa diri selalu diperhatikan /diekori.

36) Mandul.

37) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

38) Melihat jin secara terus.

39) Sakit mental atau gila.

40) Sakit tulang belakang tanpa sebab.

41) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.

42) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.

43) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.

44) Sakit di bahagian tulang punggung tanpa sebab.

45) Timbul rasa takut tanpa sebab.

46) Sering pengsan tanpa sebab.

47) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.

48) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).

49) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

50) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.

51) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

52) Merasa panas di dalam perut atau terasa panas di seluruh anggota badan.

53) Kerap bermimpi bertemu orang yang telah mati

54) Bermimpi menyusukan bayi atau melihat kanak-kanak

55) Bermimpi dipatuk ular

56) Takut melihat wajah isteri atau suami kerana terlalu hodoh/menyeramkan.

57) Boleh bersilat tanpa mempelajari ilmu persilatan.

58) Badan merasa sakit apabila mahu pergi ke tempat kerja, atau menjadi lemah semangat apabila berada di tempat kerja.

59) Tidak mahu dibawa berubat secara Islam.

60) Sukar melakukan ketaatan spt solat fardhu semasa di dalam rumah sendiri.

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan di atas, maka ada kemungkinan anda sedang terkena gangguan jin atau sihir. Wallahu a'lam.

SILA HUBUNGI:
DAHIM
Pengamal Pungubatan Al-Quran & Assunnah*
(013-2264264)
dahimabada166@gmail

* merawat pesakit di IJN/Hospital/rumah pesakit atas permintaan pesakit atau ahli keluarga pesakit

* memberi ceramah kaedah rawatan Islam di masjid/surau/sekolah/jabatan kerajaan/swasta dll

JUMAAT       29 SYAWAL 1436H
                       14 OGOS      2015M

Ahad, 14 Disember 2014

UBAT DEMAM DENGGI

Cabut pokok serai makan, ambil akar tunjangnya dan basuh hingga bersih. Kemudian rebus akar serai tersebut dengan air sebanyak 2 gelas sehingga tinggal 1 gelas air. Air tersebut diminum semasa ianya masih suam. Amalkan petua ini 3 kali sehari ( pagi, tengahari dan malam) selama 3 hari atau hingga sembuh. Selamat mencuba.

Sabtu, 6 Disember 2014

GURU-GURUKU DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM

Guru-guruku dalam rawatan antaranya ialah:

1. Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah rahimahullah (almarhum)

2. Tn. Guru Hj. Abdul Halim bin Muhamad Saud Kubang Krian

3. Al- Fadhil Ustaz Muna bin Hamzan

4. Al-Fadhil Ustaz Abd. Majid bin Hasan (AKRINE)

Jumaat, 2 Mei 2014

KEMBALINYA SEORANG AHLI AL-QURAN KE PANGKUAN PENCIPTANYA

Hari ini Jumaat 2 Rajab 1435H/2 Mei 2014M jam 12.10pm Guru saya yang disayangi al-Fadhil Ahmad Badawi bin Abdullah al-Hafiz telah kembali ke pangkuan Ilahi di HUKM dan dikebumikan di kampung beliau di Termeloh. Dialah insan yang cukup berjasa kepada saya dalam bidang al-Quran khususnya dalam bidang tajwid ilmi dan tajwid 'amali semasa saya menuntut di Kolej Dar al-Hikmah. Beliau seorang yang cukup tawaduk dan tak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya. Namanya tetap terpahat di hati ini sebagai seorang yang solih. Nama beliau ada tertulis sebagai salah seorang penyemak teks al-Quran dari Jawatankuasa Penyemak Al-Quran KDN. Semoga Allah memasukkan ruhnya ke dalam jannah sebagai ahli al-Quran. Amin! Al-Fatihah!

Rabu, 24 Julai 2013

KENANGAN MENGAJI BERSAMA TN. GURU HJ GHAZALI HASBULLAH

Salah seorang guru saya ialah almarhum Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah. Kami murid-murid memanggil beliau abuya. Beliau seorang banyak berzikir dan bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Abuya akan solat sunat 100 rakaat pada malam hari ketika sihat. Beliau hanya solat sunat 60 rakaat pada malam hari apabila beliau uzur atau tkurang sihat.

Abuya seorang mantap keyakinannya kepada Allah dan tidak takut untuk berkata benar. Dan mungkin kerana sikapnya yang sangat berani dan menyebabkan ada yang tahan maka beliau ditahan di dalam penjara menurut akta ISA.

Sebagai seorang yang alim dan amilin beliau sangat prihatin terhadap nasib orang-orang yang miskin, muallaf, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainy. Abuya banyak memberi saya nasihat dan tunjuk ajar yang membina khususnya dari aspek kerohanian dan ibadat kepada Allah. Beliau tidak kedekut ilmu dan sangat mesra dengan sesiapa  sahaja yang beliau temui.

Semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan syuhada', solihin dan shiddiqin. Alfatihah untuk ruh beliau.

Isnin, 3 Oktober 2011

WAFATNYA GURUKU IMAM HAMBALI

Guru saya yang saya sayangi, al-Marhum Ustaz Hambali adalah antara tokoh pendidikan yang terkenal di negeri Selangor. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu20 April 2011 selepas Asar. Solat jenazah beliau dilakukan di Masjid Asy Syarif Meru pada pagi Khamis 21 April 2011. Semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah SWT.


Berikut adalah petikan biografi beliau dari Prosiding Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008:

Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1931 di Meru, Klang. Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Binjai, Meru Klang dari tahun 1938 sehingga 1945. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Al-Madrasah Al-Junid di Singapura antara tahun 1951 hingga 1945 atas sokongan kuat daripada gurunya yang dapat mengesan kepetahan beliau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pada sekitar tahun 1982 hingga 1986 beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian Islam.

Beliau merupakan anak didik Syeikh Ustaz Mahmud Arif Al-Bukhari yang terkenal itu sekitar 1948 hingga 1950 di Marthail ’Ulum yang kemudian dikenali sebagai Kolej Islam Klang. Selain daripada itu, beliau juga sempat berguru dengan Ustaz Ahmad Mohammad Sonhaji, Ustaz Abdul Hakim Azhari (abang kepada Dato’ Haji Hassan Azhari) serta Dato Haji Hassan Azhari sendiri dan Dato’ Syeikh Ismail yang mengajarTalaqqi Musyafahat sehingga beliau berjaya mendapat sijil pengiktirafan Syaikhul Maqari’ sebagai ijazah sanad.

Ustaz Hj. Hambali telah memulakan tugas sebagai guru agama pada tahun 1954 di Sekolah Hishamuddin Kampung Jawa Klang. Setelah mencurahkan bakti dalam mendidik anak watan, beliau beralih kerjaya sebagai kerani kepada dua orang Nazir di Klang iaitu Ustaz Ali Abu Bakar dan Ustaz Ismail Mohammad pada tahun 1958. Pada tahun 1974, Ustaz Hj Hambali kembali bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Klang dan Sekolah Menengah Agama Rendah Hishamuddin sehingga penghujung 1981 serta memegang jawatan sebagai guru penolong kanan. Beliau mengakhiri perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru besar di Sekolah Menengah Agama Jeram yang mana beliau merupakan pengasas sekolah tersebut.

Selain aktif dalam bidang pendidikan, Ustaz Hj. Hambali juga bergiat aktif dalam kegiatan berdakwah. Beliau banyak menghabiskan masa dengan menyampaikan syarahan agama, menjalankan pelbagai kelas pengajaran agama dan mengajar tilawah secara talaqqi. Beliau merupakan panel hakim Majlis Tilawah peringkat mukim, daerah dan negeri serta Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Imam Besar dan Nazir Masjid Al-Syarif, Meru, Klang (1991 - 1998).

Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Kalsom binti Paidi dan telah dikurniakan seramai 7 orang cahayamata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Selangor (1995) dan dikurniakan pelbagai pingat, serta penerima Anugerah Kehormat Konvokesyen Keenam Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (2003).

Syukur kepada Allah saya sempat bertalaqqi al-Quran secara individu dari beliau dari 7 Ogos 1998 sehingga saya khatam pada 24 Mac 2000 di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Selangor dan beliau mengijazahkan saya sanad bacaan Al-Quran Thariq Riwayat Hafs Qiraat 'Ashim Thariq al-Syathibiyyah dan Thariq Rawdhah Al-Huffadz. Kehilangannya beliau amat saya rasakan kerana beliaulah yang mengajak saya menetap di Meru untuk menemani beliau. Sungguh sayu hati saya setiap kali hari Jumaat, kerana beliau biasa khatam al-Quran sebelum khatib naik ke mimbar, dan kali terakhir saya berbual dan memimpin beliau untuk solat Jumaat di masjid As-Syarif. Ya Allah ampunilah dosa-dosa guruku, terangilah kuburnya, luaskanlah kuburnya seluas-luasnya. Amin ya Rabbal 'alamin. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan usaha beliau mengajarkan al-Quran hingga ke nafasku yang terakhir.

رحمه الله تعالى