Ahad, 14 Disember 2014

UBAT DEMAM DENGGI

Cabut pokok serai makan, ambil akar tunjangnya dan basuh hingga bersih. Kemudian rebus akar serai tersebut dengan air sebanyak 2 gelas sehingga tinggal 1 gelas air. Air tersebut diminum semasa ianya masih suam. Amalkan petua ini 3 kali sehari ( pagi, tengahari dan malam) selama 3 hari atau hingga sembuh. Selamat mencuba.

Sabtu, 6 Disember 2014

GURU-GURUKU DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM

Guru-guruku dalam rawatan antaranya ialah:

1. Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah rahimahullah (almarhum)

2. Tn. Guru Hj. Abdul Halim bin Muhamad Saud Kubang Krian

3. Al- Fadhil Ustaz Muna bin Hamzan

4. Al-Fadhil Ustaz Abd. Majid bin Hasan (AKRINE)

Jumaat, 2 Mei 2014

KEMBALINYA SEORANG AHLI AL-QURAN KE PANGKUAN PENCIPTANYA

Hari ini Jumaat 2 Rajab 1435H/2 Mei 2014M jam 12.10pm Guru saya yang disayangi al-Fadhil Ahmad Badawi bin Abdullah al-Hafiz telah kembali ke pangkuan Ilahi di HUKM dan dikebumikan di kampung beliau di Termeloh. Dialah insan yang cukup berjasa kepada saya dalam bidang al-Quran khususnya dalam bidang tajwid ilmi dan tajwid 'amali semasa saya menuntut di Kolej Dar al-Hikmah. Beliau seorang yang cukup tawaduk dan tak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya. Namanya tetap terpahat di hati ini sebagai seorang yang solih. Nama beliau ada tertulis sebagai salah seorang penyemak teks al-Quran dari Jawatankuasa Penyemak Al-Quran KDN. Semoga Allah memasukkan ruhnya ke dalam jannah sebagai ahli al-Quran. Amin! Al-Fatihah!

Rabu, 24 Julai 2013

KENANGAN MENGAJI BERSAMA TN. GURU HJ GHAZALI HASBULLAH

Salah seorang guru saya ialah almarhum Tn. Guru Hj. Ghazali bin Hasbullah. Kami murid-murid memanggil beliau abuya. Beliau seorang banyak berzikir dan bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w.

Abuya akan solat sunat 100 rakaat pada malam hari ketika sihat. Beliau hanya solat sunat 60 rakaat pada malam hari apabila beliau uzur atau tkurang sihat.

Abuya seorang mantap keyakinannya kepada Allah dan tidak takut untuk berkata benar. Dan mungkin kerana sikapnya yang sangat berani dan menyebabkan ada yang tahan maka beliau ditahan di dalam penjara menurut akta ISA.

Sebagai seorang yang alim dan amilin beliau sangat prihatin terhadap nasib orang-orang yang miskin, muallaf, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan sebagainy. Abuya banyak memberi saya nasihat dan tunjuk ajar yang membina khususnya dari aspek kerohanian dan ibadat kepada Allah. Beliau tidak kedekut ilmu dan sangat mesra dengan sesiapa  sahaja yang beliau temui.

Semoga ruh beliau ditempatkan bersama golongan syuhada', solihin dan shiddiqin. Alfatihah untuk ruh beliau.

Isnin, 3 Oktober 2011

WAFATNYA GURUKU IMAM HAMBALI

Guru saya yang saya sayangi, al-Marhum Ustaz Hambali adalah antara tokoh pendidikan yang terkenal di negeri Selangor. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu20 April 2011 selepas Asar. Solat jenazah beliau dilakukan di Masjid Asy Syarif Meru pada pagi Khamis 21 April 2011. Semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah SWT.


Berikut adalah petikan biografi beliau dari Prosiding Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008:

Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1931 di Meru, Klang. Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Binjai, Meru Klang dari tahun 1938 sehingga 1945. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Al-Madrasah Al-Junid di Singapura antara tahun 1951 hingga 1945 atas sokongan kuat daripada gurunya yang dapat mengesan kepetahan beliau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pada sekitar tahun 1982 hingga 1986 beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian Islam.

Beliau merupakan anak didik Syeikh Ustaz Mahmud Arif Al-Bukhari yang terkenal itu sekitar 1948 hingga 1950 di Marthail ’Ulum yang kemudian dikenali sebagai Kolej Islam Klang. Selain daripada itu, beliau juga sempat berguru dengan Ustaz Ahmad Mohammad Sonhaji, Ustaz Abdul Hakim Azhari (abang kepada Dato’ Haji Hassan Azhari) serta Dato Haji Hassan Azhari sendiri dan Dato’ Syeikh Ismail yang mengajarTalaqqi Musyafahat sehingga beliau berjaya mendapat sijil pengiktirafan Syaikhul Maqari’ sebagai ijazah sanad.

Ustaz Hj. Hambali telah memulakan tugas sebagai guru agama pada tahun 1954 di Sekolah Hishamuddin Kampung Jawa Klang. Setelah mencurahkan bakti dalam mendidik anak watan, beliau beralih kerjaya sebagai kerani kepada dua orang Nazir di Klang iaitu Ustaz Ali Abu Bakar dan Ustaz Ismail Mohammad pada tahun 1958. Pada tahun 1974, Ustaz Hj Hambali kembali bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Klang dan Sekolah Menengah Agama Rendah Hishamuddin sehingga penghujung 1981 serta memegang jawatan sebagai guru penolong kanan. Beliau mengakhiri perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru besar di Sekolah Menengah Agama Jeram yang mana beliau merupakan pengasas sekolah tersebut.

Selain aktif dalam bidang pendidikan, Ustaz Hj. Hambali juga bergiat aktif dalam kegiatan berdakwah. Beliau banyak menghabiskan masa dengan menyampaikan syarahan agama, menjalankan pelbagai kelas pengajaran agama dan mengajar tilawah secara talaqqi. Beliau merupakan panel hakim Majlis Tilawah peringkat mukim, daerah dan negeri serta Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Imam Besar dan Nazir Masjid Al-Syarif, Meru, Klang (1991 - 1998).

Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Kalsom binti Paidi dan telah dikurniakan seramai 7 orang cahayamata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Selangor (1995) dan dikurniakan pelbagai pingat, serta penerima Anugerah Kehormat Konvokesyen Keenam Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (2003).

Syukur kepada Allah saya sempat bertalaqqi al-Quran secara individu dari beliau dari 7 Ogos 1998 sehingga saya khatam pada 24 Mac 2000 di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Selangor dan beliau mengijazahkan saya sanad bacaan Al-Quran Thariq Riwayat Hafs Qiraat 'Ashim Thariq al-Syathibiyyah dan Thariq Rawdhah Al-Huffadz. Kehilangannya beliau amat saya rasakan kerana beliaulah yang mengajak saya menetap di Meru untuk menemani beliau. Sungguh sayu hati saya setiap kali hari Jumaat, kerana beliau biasa khatam al-Quran sebelum khatib naik ke mimbar, dan kali terakhir saya berbual dan memimpin beliau untuk solat Jumaat di masjid As-Syarif. Ya Allah ampunilah dosa-dosa guruku, terangilah kuburnya, luaskanlah kuburnya seluas-luasnya. Amin ya Rabbal 'alamin. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan usaha beliau mengajarkan al-Quran hingga ke nafasku yang terakhir.

رحمه الله تعالى

Jumaat, 8 Julai 2011

DOA UNTUK MENDAPAT HUSN AL-KHATIMAH

اللَّــهُـمَّ أَكْرِمْ هَـذِهِ الْأُمَّةَ الْمُحَمَّدِيَّةَ

Wahai Allah muliakanlah umat Muhammad ini

بِجَمِيْلِ عَوَائِدِكَ فى الدَّارَيْنِ

Dengan belas kasih-Mu yang indah di dunia dan akhirat

إِكْرَامًا لِّمَنْ جَعَلْتَهَا مِنْ أُمَّتِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Sebagai kemuliaan untuk orang yang Engkau jadikannya dari

golongan umat Muhammad Shalallahu ‘Alayhi Wassalam

يَا رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ

Wahai Tuhan segala sesuatu dengan kekuasaan-Mu

atas segala sesuatu

اغْفِرْ لِيْ كُلَّ شَيْءٍ وَلَا تَسْأَلْنِيْ عَنْ كُلِّ شَيْءٍ

Ampunilah segala sesuatu dosaku, janganlah kiranya Engkau

menanyai aku tentang sesuatu

وَلَا تُحَاسِبْنٍيْ فِى كُلِّ شَيْءٍ وَأَعْطِنِيْ كُلَّ شَيْءٍ

Dan janganlah pula Engkau menghisab aku dalam segala sesuatu,

dan berikanlah kepadaku anugerah segala sesuatu.

( Nashaih al-‘Ibad, Imam al-Nawawiy al-Bantaniy, halaman 7-8 )

Sabtu, 4 Jun 2011

DOA AGAR AHLI KELUARGA MENJADI SOLEH DAN SOLEHAH

DOA BERIKUT SANGAT BAIK DIBACA SELEPAS SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ

"Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi".

ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝﭞ ﭟ ﭠ ﭡ

Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".

ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﯳ

Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

ﯢ ﯣ ﯤ ﯥ ﯦ ﯧﯨ ﯩ ﯪ ﯫ

.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang. Dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami Imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

ﭘ ﭙ ﭚﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ

Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;