Isnin, 3 Oktober 2011

WAFATNYA GURUKU IMAM HAMBALI

Guru saya yang saya sayangi, al-Marhum Ustaz Hambali adalah antara tokoh pendidikan yang terkenal di negeri Selangor. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu20 April 2011 selepas Asar. Solat jenazah beliau dilakukan di Masjid Asy Syarif Meru pada pagi Khamis 21 April 2011. Semoga rohnya mendapat rahmat dari Allah SWT.


Berikut adalah petikan biografi beliau dari Prosiding Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008:

Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1931 di Meru, Klang. Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Binjai, Meru Klang dari tahun 1938 sehingga 1945. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian ke Al-Madrasah Al-Junid di Singapura antara tahun 1951 hingga 1945 atas sokongan kuat daripada gurunya yang dapat mengesan kepetahan beliau berkomunikasi dalam bahasa Arab. Pada sekitar tahun 1982 hingga 1986 beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang pengajian Islam.

Beliau merupakan anak didik Syeikh Ustaz Mahmud Arif Al-Bukhari yang terkenal itu sekitar 1948 hingga 1950 di Marthail ’Ulum yang kemudian dikenali sebagai Kolej Islam Klang. Selain daripada itu, beliau juga sempat berguru dengan Ustaz Ahmad Mohammad Sonhaji, Ustaz Abdul Hakim Azhari (abang kepada Dato’ Haji Hassan Azhari) serta Dato Haji Hassan Azhari sendiri dan Dato’ Syeikh Ismail yang mengajarTalaqqi Musyafahat sehingga beliau berjaya mendapat sijil pengiktirafan Syaikhul Maqari’ sebagai ijazah sanad.

Ustaz Hj. Hambali telah memulakan tugas sebagai guru agama pada tahun 1954 di Sekolah Hishamuddin Kampung Jawa Klang. Setelah mencurahkan bakti dalam mendidik anak watan, beliau beralih kerjaya sebagai kerani kepada dua orang Nazir di Klang iaitu Ustaz Ali Abu Bakar dan Ustaz Ismail Mohammad pada tahun 1958. Pada tahun 1974, Ustaz Hj Hambali kembali bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Klang dan Sekolah Menengah Agama Rendah Hishamuddin sehingga penghujung 1981 serta memegang jawatan sebagai guru penolong kanan. Beliau mengakhiri perkhidmatan dalam dunia pendidikan sebagai guru besar di Sekolah Menengah Agama Jeram yang mana beliau merupakan pengasas sekolah tersebut.

Selain aktif dalam bidang pendidikan, Ustaz Hj. Hambali juga bergiat aktif dalam kegiatan berdakwah. Beliau banyak menghabiskan masa dengan menyampaikan syarahan agama, menjalankan pelbagai kelas pengajaran agama dan mengajar tilawah secara talaqqi. Beliau merupakan panel hakim Majlis Tilawah peringkat mukim, daerah dan negeri serta Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Imam Besar dan Nazir Masjid Al-Syarif, Meru, Klang (1991 - 1998).

Ustaz Hj. Hambali Abdul Salam telah mendirikan rumahtangga dengan Hajjah Kalsom binti Paidi dan telah dikurniakan seramai 7 orang cahayamata yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Selangor (1995) dan dikurniakan pelbagai pingat, serta penerima Anugerah Kehormat Konvokesyen Keenam Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (2003).

Syukur kepada Allah saya sempat bertalaqqi al-Quran secara individu dari beliau dari 7 Ogos 1998 sehingga saya khatam pada 24 Mac 2000 di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya Selangor dan beliau mengijazahkan saya sanad bacaan Al-Quran Thariq Riwayat Hafs Qiraat 'Ashim Thariq al-Syathibiyyah dan Thariq Rawdhah Al-Huffadz. Kehilangannya beliau amat saya rasakan kerana beliaulah yang mengajak saya menetap di Meru untuk menemani beliau. Sungguh sayu hati saya setiap kali hari Jumaat, kerana beliau biasa khatam al-Quran sebelum khatib naik ke mimbar, dan kali terakhir saya berbual dan memimpin beliau untuk solat Jumaat di masjid As-Syarif. Ya Allah ampunilah dosa-dosa guruku, terangilah kuburnya, luaskanlah kuburnya seluas-luasnya. Amin ya Rabbal 'alamin. Berilah aku kekuatan untuk meneruskan usaha beliau mengajarkan al-Quran hingga ke nafasku yang terakhir.

رحمه الله تعالى

Jumaat, 8 Julai 2011

DOA UNTUK MENDAPAT HUSN AL-KHATIMAH

اللَّــهُـمَّ أَكْرِمْ هَـذِهِ الْأُمَّةَ الْمُحَمَّدِيَّةَ

Wahai Allah muliakanlah umat Muhammad ini

بِجَمِيْلِ عَوَائِدِكَ فى الدَّارَيْنِ

Dengan belas kasih-Mu yang indah di dunia dan akhirat

إِكْرَامًا لِّمَنْ جَعَلْتَهَا مِنْ أُمَّتِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Sebagai kemuliaan untuk orang yang Engkau jadikannya dari

golongan umat Muhammad Shalallahu ‘Alayhi Wassalam

يَا رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ

Wahai Tuhan segala sesuatu dengan kekuasaan-Mu

atas segala sesuatu

اغْفِرْ لِيْ كُلَّ شَيْءٍ وَلَا تَسْأَلْنِيْ عَنْ كُلِّ شَيْءٍ

Ampunilah segala sesuatu dosaku, janganlah kiranya Engkau

menanyai aku tentang sesuatu

وَلَا تُحَاسِبْنٍيْ فِى كُلِّ شَيْءٍ وَأَعْطِنِيْ كُلَّ شَيْءٍ

Dan janganlah pula Engkau menghisab aku dalam segala sesuatu,

dan berikanlah kepadaku anugerah segala sesuatu.

( Nashaih al-‘Ibad, Imam al-Nawawiy al-Bantaniy, halaman 7-8 )

Sabtu, 4 Jun 2011

DOA AGAR AHLI KELUARGA MENJADI SOLEH DAN SOLEHAH

DOA BERIKUT SANGAT BAIK DIBACA SELEPAS SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN

"Wahai Tuhanku! janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik Yang mewarisi".

ﭝﭞ

Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan".

Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!"

ﯧﯨ

.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang. Dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami Imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

ﭚﭛ ﭭﭮ

Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;

Isnin, 30 Mei 2011

GURU-GURUKU DALAM BIDANG AL-QURAN

Gambar kenangan bersama guru saya Tan Sri Hj Hassan bin Azhari, hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau seorang yang tegas semasa mengajar dan seorang yang sangat mesra serta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pandangan dengan saya.Beliaulah insan yang banyak mendorong saya agar mengajarkan ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran agar termasuk dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang dinyatakan di dalam hadis sahih " Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya" Hadis Riwayat al-Bukhari.

Nama beliau Abd. Syukur berasal dari Indonesia. Beliau guru Tarannum al-Quran. Anak murid Kiyahi Basori Alwi, alim besar dalam bidang al-Quran di Indonesia.



Nama beliau Muhammad Hambali bin Abd. Salam, mantan Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, mantan Nazir dan imam Masjid As-Syarif Pekan Selangor. Beliau juga merupakan Tokoh Imam dan Guru Agama Negeri Selangor.
Nama beliau ialah Hassan bin Azhari kelahiran Makkah al-Mukarramah. Beliau belajar ilmu tajwid dan qiraat dari ulama al-Quran di Makkah dan Mesir seperti Shaiykh Ismail Tamim dan Shaykh Sayed Mahmud al-Bukhari. Salah seorang anak murid beliau yang terkenal ialah Hj Muhammad Hanbali bin Abd. Salam.


Nama beliau Ahmad Badawi bin Abdullah, mantan pensyarah di UKM dan salah seorang anggota dalam Ahli JAwatankuasa Pentashih Mushaf Al-Quran (KDN). Beliau berasal dari Negeri Pahang. Saya banyak mendapat banyak tunjuk ajar dan bimbingan dalam bidang Tajwid al-Quran secara teori dan amali iatu talaqqi dan musyfahah dalam tempoh 2 tahun. Ya Allah panjangkan umur guruku ini dan berkatilah ilmu yang diajarkan kepada kami anak-anak muridnya.


MENGHALAU JIN YANG MENGANGGU MANUSIA JIN 1

Jika ada orang diganggu oleh jin, maka anda boleh membantunya dengan cara berikut;

1. Baca surah al-Fatihah 1 kali
2. Baca ayat al-Kursiy ( 9 kali waqaf ) 1 kali
3. Baya surah al-Jinn ( ayat 1-6 ) 1 kali
4. Kemudian tiup pada air minuman
5. Air minuman hendaklah diminum oleh orang yang sedang diganggu oleh jin
6. Air itu juga boleh direnjiskan di setiap penjuru rumah atau kediaman orang berkenaan untuk menghalau jin keluar.

insya Allah mujarab. Demikianlah ilmu yang diijazahkan oleh Kiyahi Mahfudz Sya'roni dari Jawa Indonesia. selamat mencuba.

Sabtu, 14 Mei 2011

SHEIKH KAMI AL-MARHUM ISMAIL TAMIM ALBANTANIY AL-MAKKIY




Nama beliau ialah Sheikh al-Muqri' Dato' Ismail Tamim bin 'Abd. al-'Aziz al-Bantaniy al-Makkiy. Beliau salah seorang imam di Makkah kemudian dilantik sebagai sheikh al-Maqari' Negeri Selangor pada zaman beliau. Dua orang anak murid beliau yang terkenal ialah Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari dan YBhg. Ustaz Hj. Mohd. Hambali bin 'Abd. al-Salam. Nama beliau tertera di dalam ijazah sanad bacaan al-Quran yang dikurniakan kepada saya oleh al-Marhum Ustaz Hj. Hambali bin 'Abd al-Salam. Sanad guru kami ini bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. Semoga Allah sentiasa merahmati ruhnya dan menempatkannya di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Selasa, 10 Mei 2011

AWAS NAMA SYAITAN DALAM SURAH AL-FATIHAH

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

الْحَمْدُلِلَهِ (ساله ) الْحَمْدُ لِلَّهِ (بنر)

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَّب (ساله ) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ (بنر)

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

مَالِكِيَّوْمِ (ساله ) مَالِكِ يَوْمِ (بنر)

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

إِيَّاكَنَّعْ بُدُ (ساله ) إِيَّاكَ نَعْبُدُ (بنر)

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

وَإِيَّاكَنَّسْ تَعِيْنُ (ساله ) وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ (بنر)

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud ‘matahari’

إِيَاكَ (ساله ) إِيَّاكَ (بنر)

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan”!!!!

DUA JENIS KESALAHAN DALAM BACAAN AL-QURAN


Ada 2 jenis kesalahan (Lahn) dalam membaca Al-Qur’an yaitu :

1. Lahn Jalliy (Kesalahan yang jelas/berat)

Lahn Jaliy yaitu kesalahan dalam pengucapan lafazh, sehingga merusak teori bacaan baik merusak makna atau tidak.

Dan yang termasuk Lahn Jaliy adalah :

a. Salah Makhroj (pengucapan huruf)

contoh lafazh كثـير artinya banyak

jika dibaca dibaca كسير dengan huruf س (sin) maka artinya menjadi pecah

b. Salah Harokat

contoh lafazh انعمت dengan harokat (ta) artinya telah Engkau telah beri ni’mat.

jika dibaca انعمت dengan harokat (tu) maka artinya menjadi aku telah beri ni’mat.

c. Salah Panjang Pendek

contoh lafazh ان الله لا يحب الكافرين dengan لا (laa dibaca panjang) artinya “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir”

jika لا dibaca pendek maka artinya menjadi “Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang kafir”

d. Salah Wakaf dan Ibtida (berhenti dan memulai)

contoh berhenti pada lafazh ياايها اللذين آمنوا لا تقربوا الصلوة لا “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu sholat” padahal lanjutannya adalah “ketika dalam keadaan mabuk hingga sedar dari mabuknya.

Atau memulai membaca ayat ان الله ثالث ثلاثة لا “Sesunggunya Allah itu tiga”

e. Salah/Kurang tasydid

contoh membaca lafazh اياك

tanpa tasydid, padahal seharusnya dengan tasydid.

Jika dengan tasydid kalimat اياك artinya “Hanya kepadaMu. namun jika tanpa tasydid maka artinya “Sinar matahari”

2. Lahn Khofiy (Kesalahan ringan)

Yaitu salah dalam pengucapan lafazh hingga merusak teori bacaan namun tidak sampai merusak arti. Seperti tidak gunnah, atau kurang, kurang panjang dalam pengucapan mad wajib, mad lazim,atau panjang mad yang sama tapi tidak dibaca sama dalam satu bacaan dll.

Contoh kalimat اولئك, جآء seharusnya dibaca 4 – 5 harokat, namun dibaca 2 harokat saja.

Dan kalimat ان/عم gunnahnya harusnya ditahan 2 – 3 harokat namun dibaca tanpa gunnah

Contoh tidak sama membaca panjang mad jaiz, dalam satu bacaan terkadang dibaca Kadang 4 dan seterusnya.

Ahad, 8 Mei 2011

SEBUTAN HURUF TA DAN KAF

Perkara yang mula-mula wajib diketahui oleh mereka yang mahu mempelajari bacaan al-Quran ialah makhraj huruf dan sifat-sifatnya agar bacaan mereka fasih menurut sebutan orang-orang Arab yang arif dalam bidang bacaan al-Quran.

Banyak pembaca al-Quran melakukan kesilapan dari sudut sebutan semasa menyebut huruf Ta dan Kaf terutamanya ketika huruf-huruf tersebut mati. Oleh sebab ramai pembaca al-Quran yang melakukan kesilapan tersebut, maka al-Imam Muhammad al-Jazariy, seorang pakar Tajwid memberi peringatan berikut;

وَرَاعَ شِدَّةَ بِكَافٍ وَبِتَا كَشِرْكِكُمْ وَتَتَوَفَّى فِتْنَتَا

“ Dan jagalah (pelihara) betul-betul olehmu akan sifat Syiddah yang ada pada huruf Kaf dan Ta, seperti yang terdapat pada kalimah شِرْكِكُمْ , تَتَوَفَّى, dan فِتْنَتَا.


1) Huruf Kaf keluar dari pangkal lidah di hadapan sedikit dari makhraj huruf Qaf. Salah satu sifatnya ialah Hams iaitu angin terlepas keluar semasa menyebutnya. Jadi, Kaf ialah huruf Mahmusah ( keluar angin semasa keluar dari makhrajnya). Lihat contoh di atas.

2. Huruf Ta' keluar dari hujung lidah yang ditekan pada gusi gigi hadapan sebelah atas. Salah satu sifatnya ialah Hams iaitu angin terlepas keluar semasa menyebutnya. Jadi, Ta' juga ialah huruf Mahmusah ( ada angin keluar semasa keluar dari makhrajnya). Lihat contoh di atas.

Perhatian;

Ada pembaca al-Quran menyebut huruf Ta dengan mengeluarkan satu suara desiran dengan alasan huruf Ta bersifat Hams sehingga menyerupai sebutan huruf Sin mati. Ini kefahaman yang SALAH. Sebenarnya huruf Ta memang ada Hams tetapi bunyi Ta sakinah tidak menyerupai Sin sakinah sebab bunyi desiran adalah disebabkan sifat Shafir yang hanya ada pada 3 huruf iaitu huruf Sin, Zai dan Shad. Sebab itu, kita perlu tahu perbezaan antara sifat Hams dan Shafir. Angin memang terlepas semasa menyebut huruf Ta dan Kaf ketika kedua-dua sakinah tetapi angin yang keluar sedikit, dan tanpa suara desiran. Justeru, dengarkanlah bacaan qari yang terkenal dari sudut Tajwid dan ketelitiannya semasa membaca al-Quran. Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari pernah menyuruh saya mendengarkan betul-betul bacaan al-Quran yang disampaikan oleh al-Marhum Sheikh Mahmud Khalil al-Hushariy. Beliau qari yang terkenal di seluruh dunia dan terkenal dari sudut ketelitian dalam hukum-hukum Tajwid.

Wallahu a'lam bissowab.



Sabtu, 7 Mei 2011

SENAMAN BENGELISMARI


Assalamu'alaykum, Saya ingin berkongsi dengan anda senaman Bengelismari ini untuk mengeluarkan penyakit dari tubuh kita. Ia terdiri daripada 5 langkah. Peringatan:

USAH PAKSA DIRI ANDA JIKA TIDAK BOLEH. SEBAB SENAMAN DILAKUKAN DENGAN TENANG DAN BERANSUR-ANSUR. JUSTERU, BUATLAH MENGIKUT TAHAP KEMAMPUAN ANDA MESKIPUN TIDAK MENGIKUT TERTIBNYA.

Baca Basmalah dan niat dalam hati Aku melakukan senaman ini agar aku sihat dan keluar penyakit-penyakit dari dalam tubuhku kerana Allah Ta'alaa.

Langkah pertama:

1. Berdiri tegak dan angkat kedua-dua tangan sambil menjengketkan kaki sekurang-kurangnya selama 10 saat.
2. Rasakan nafas anda keluar dan masuk dengan tenang
3. Ulang langkah ini sekurang-kurangnya 3 kali, kemudian langkah berikut;

Langkah kedua:

1. Berdiri tegak dan tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan tahan di dada, lalu
2.Bongkokkan badan dan pegang hujung betis di atas buku lali sambil menahan nafas,
3. Berdiri semula dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan melalui mulut.
4. Ulang lagi sekurang-kurangnya 3 kali


Langkah ketiga:

1. Bengkokkan jejari kaki anda seperti dalam solat, tarik nafas dalam-dalam dan tahan nafas di dada, lalu
2.Pegang hujung betis berhampiran buku lali dan bongkokkan badan sambil menahan nafas sekurang-kurangnya 10 saat,
3. Ulang langkah ini sekurang-kurangnya 3 kali, kemudian lakukan pula langkah berikut;


Langkah keempat:

1. Letakkan tapak tangan di pangkal paha, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan tahan di dada, lalu
2. Bongkokkan badan sambil menahan nafas sekurang-kurangnya 10 saat,
3. Kemudian tegakkan badan dan lepaskan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan.
4. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali, kemudian lakukan langkah berikut;


Langkah kelima:

1. Lipatkan kedua-dua kaki ke arah belakang, dan baring secara terlentang sambil meluruskan kedua-dua tangan di atas kepala,
2. Rasakan nafas anda keluar dan masuk dalam keadaan tenang selama mana yang anda mahu/mampu.
3. Bangun secara perlahan-lahan dengan cara meluruskan kaki kanan terlebih dahulu kemudian mengiring ke arah kanan lalu bangun.
4. Langkah ini sekali sahaja, tidak perlu diulang.

Amalkan senaman Bengelismari ini sekurang-kurangnya satu kali sehari. Ia mudah tetapi kesan amat segera dirasai oleh mereka yang tekun mengamalkannya. Cubalah, tak cuba mana tahu. Faedah-faedahnya banyak, antaranya;

1. Buang penyakit dari dalam tubuh seperti asma/lelah, sakit jantung, darah tinggi, stress dll
2. Mudah bersalin
3. Melawaskan buang air besar dan kecil dll.

Anda akan tahu sendiri perubahannya, cuba amalkan dan ajarkan kepada ahli keluarga dan saudaramara anda. Insya Allah MUJARAB.

Gambar diambil di Surau As-Syakirin Tmn Puchong Utama pada petang Jumaat 6hb. Mei 2011 oleh murid saya, Anuar bin Abdul Razak selepas talaqqi al-Quran. Terima kasih.


Rabu, 4 Mei 2011

DOA AGAR TIDAK MUDAH LUPA

Bacalah doa ini tiga kali selepas belajar, mengaji atau mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru.

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ اللَّـهُـمَّ ارْزُقْنِيْ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْـمَـتَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ

“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih. Ya Allah berilah ilmu hikmah-Mudan tebarkanlah rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam”.

Menurut al-Marhum Kiyahi Mahfudz Sya’roni (seorang alim di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia) orang yang mengamalkan doa tersebut insya Allah tidak akan mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Wallahu a’lam.

Selasa, 3 Mei 2011

MAD MUNFASHIL DAN KAEDAH MEMBACANYA

Mad Munfashil ialah memanjangkan bacaan sebab huruf Mad bertemu huruf Hamzah di dalam dua kalimah. Maksudnya huruf Mad berada di akhir kalimah dan huruf Hamzah pula di awal kalimah berikutnya.

Hukum: Wajib dibaca 4 atau 5 harakat semasa wasal dan 2 harakat semasa waqaf. Perlu diketahui bahawa kadar 2 harakat semasa wasal bukan dari Thariq Al-Syathibiy tetapi dari Thariq Al-Jazariy. Banyak pembaca Al-Quran yang melakukan kesalahan bacaan dari sudut kadar Mad Munfasil kerana mungkin mereka kurang memahami perkara tersebut, atau mereka tidak mengambil bacaan Al-Quran secara talaqqi dan musyafahah dari guru yang arif dan bersanad. Kadang-kadang mereka hanya mendengar bacaan Al-Quran dari kaset, cakera padat dan lain-lain untuk ditiru dan diamalkan tanpa ilmu.

Mad Munfashil ada 2 bahagian;

1. Mad Munfashil Haqiqi; Huruf Mad Thabi’iy bertemu huruf Hamzah dalam 2 kalimah yang jelas terpisah dari sudut tulisan. Contoh;

2. Mad Munfashil Hukmi; Huruf Mad Thabi’iy bersambung dengan huruf Hamzah dari sudut tulisan, tetapi ia terpisah dari sudut hukum. Contoh;

Contoh-contoh Mad Munfasil menurut bahagian masing-masing;

Bil

Huruf

Contoh

Bahagian

1

ا

Haqiqi

2

ا

Haqiqi

3

ا

Hukmi

4

ا

Hukmi

5

و

Haqiqi

6

و

Haqiqi

7

ي

Haqiqi

8

ي

Haqiqi

Perhatian;

1. Jika Mad Munfasil yang pertama dibaca 4 harakat semasa wasal, maka semua Mad Munfashil selepasnya wajib dibaca 4 harakat, tidak boleh 5 harakat.

2. Jika Mad Munfasil yang pertama dibaca 5 harakat semasa wasal, maka semua Mad Munfashil selepasnya wajib dibaca 5 harakat, tidak boleh 4 harakat.

3. Kadar Mad Munfashil wajib dibaca 2 harakat seperti Mad Asli ketika waqaf.

4. Kadar Mad Munfashil hendaklah kurang atau sama dengan kadar Mad Muttashil semasa wasal, tidak boleh melebihi kadar Mad Muttashil;

Bil

Kadar Harakat Semasa Wasal

Kenyataan

Mad Munfashil

Mad Muttashil

1

4

4

Benar

2

4

5

Benar

3

5

5

Benar

4

5

4

Salah

5. Mad Munfashil Haqiqi boleh diwaqafkan, tetapi Mad Munfashil hukmi tidak boleh diwaqafkan kerana ia dianggap sebagai satu kalimah dari sudut hukum. Wallahu A’lam.