Sabtu, 30 April 2011

Guruku Pak Syukur


Saya mempelajari ilmu tajwid dan bacaan al-Quran dari beliau yang saya panggil 'Bapak' iaitu Bapak Abd. Syukur yang berasal dari Indonesia. Beliau mempunyai ramai murid di Indonesia dan Malaysia. Salah seoraang guru beliau ialah K.H Basori Alwi iaitu salah seorang ulama al-Quran yang terkenal di Indonesia, sanad beliau sampai kepada Rasulullah s.aw. Wallahu a'lam.

Ya Allah panjangkan umur guruku ini dan rahmatilah beliau di dunia dan akhirat.

SHEIKHIY HJ.MUHAMMAD HAMBALI


Al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Imam Hj. Muhammad Hambali bin Abd.Salam (12.12.1931-20.04.2011) ialah mantan imam besar Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, mantan imam Besar Masjid As-Syarif Pekan Meru Klang, mantan Nazir Masjid As-Syarif Pekan Meru, Tokoh Guru Agama Negeri Selangor dan hakim Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Selangor. Beliau seorang yang sangat rajin membaca al-Quran dan tidak kedekut ilmu. Beliau boleh dikatakan kerap khatam al-Quran, dan biasanya beliau khatam pada hari Jumaat sebelum khatib naik ke atas mimbar.

Beliau mempelajari ilmu tajwid dan qiraat dari al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ismail Tamim bin Abd. Aziz, Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor suatu ketika dahulu dan Tan Sri Hj. Hassan bin Azhari al-Makki, hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Alhamdulillah saya khatam bertalaqqi 30 juz dari beliau dan diijazahkan sanad bacaan al-Quran qiraat 'Asim riwayat Hafsh Thariq al-Syathibiyyah dan kemudian Thariq al-Jazariy.

Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atas guruku Muhmmad Hambali dan jadikanlah kuburnya sebagai taman dari taman-taman syurga. Amin ya Rabbal 'alamin.

SHEIKHUNA TAN SRI HJ.HASSAN BIN HJ.AZHARI



Beliau ialah guru tajwid saya dan beliau juga guru kepada Ustaz Hj. Muhammad Hambali bin Abd. Salam. Tan Sri Hj. Hassan seorang yang pakar dalam bidang tajwid dan tarannum al-Quran. Jasa dan bakti beliau sangat banyak dalam bidang pengajian al-Quran.

Beliau mempelajari bacaan al-Quran dari guru-guru Al-Quran yang masyhur seperti al-marhum Sheikh al-Maqari' Syed Mahmud al-Bukhari, al-Marhum Sheikh Ismail Tamim al-Hafiz di Makkah , al-Marhum Sheikh Muhammad Abdul Samad, al-Marhum Sheikh Mahmud Lutfi 'Amir, al-Muqri' Syed Mahmud Amin Tantawi di Mesir dan al-Muqri' Tabib Ahmad Nu'ana' di Mesir. Nama beliau juga ada dinyatakan dalam sanad ijazah yang saya terima dari al-Marhum Hj. Muhmmad Hambali bin Abd. Salam.

Tan Sri Hassan seorang yang tawadhu' dan pemurah, beliau tidak kedekut ilmu serta sangat mesra dengan sesiapa sahaja yang beliau jumpa. Banyak nasihat yang saya terima dari beliau, salah satunya ialah beliau memberi semangat agar gigih mengajarkan al-Quran kepada umat Islam.

Ya Allah, panjangkanlah umur guru kami ini dalam keberkatan dan kebajikan. Amin ya Rabbal 'alamin.

Shaykhuna Fadhilah al-Syaykh Ridha


Al-Marhum Syeikh Ridha bin Salim bin 'Aliy bin Sayyid Ahmad ialah guru qiraa'at di Ma'had al-Qiraa'at Syubra Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Beliau salah seorang ulama qiraat yang mempunyai sanad bacaan al-Quran yang tertinggi di Mesir.

Alhamdulillah saya khatam bertalaqqi 30 juz secara musyafahah dari Syeikh Muhammad Firdaus sehingga beliau berkenan mengijazahkan saya sanad qiraat 'Ashim riwayat Hafsh Thariq al-Syathibiyyah sebagaimana yang diterima dari al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ridha ( semoga Allah merahmati ruhnya). Dalam sanad tersebut saya adalah orang yang ke-43 dari Rasulullah s.aw.

Khamis, 21 April 2011

Kiahi Haji Basori Alwi


K.H Basori Alwi

Salah seorang guru saya dalam bidang al-Quran ialah Bapak Abd.Syukur iaitu salah seorang anak murid KH. Basori Alwi bin Alwi Murtadlo.

Sejak kecil, anak Kiai Alwi Murtadlo dan Nyai Riwati ini, memang telah karib dengan al-Qur’an. Selepas belajar pada ayahandanya, lelaki kelahiran Malang 15 April 1927 ini, kemudian berguru pada Kiai Muhith – seorang penghafal al-Qur’an dari pesantren Sidogiri Pasuruan. Lalu kepada kakak kandungnya sendiri Kiai Abdus Salam. Dirinya juga pernah belajar kepada Kiai Yasin Thoyyib dan Kiai Dasuqi di Singosari, serta Kiai Abdul Rosyid di Palembang.

Selain orang tuanya, kakeknya juga terkenal alim dan sangat gemar membaca al-Qur’an. Tak heran kalau kegemaran dan bakat itu akhirnya menitis pada dirinya. Itulah pasalnya kenapa Basori kecil kerap diminta Kepala MI al-Ma’arif – tempatnya menimba ilmu, untuk mengajar pada saat kelas kosong. Tanggapan siswa lainnya sangat positif. Bahkan kakak kelasnya pun merasa senang dengan cara mengajarnya.

Meskipun demikian, dirinya masih saja merasa haus dalam menimba ilmu-ilmu al-Qur’an. Itulah sebabnya, saat tinggal di Solo tahun 1946 s/d 1949, dirinya menyempatkan belajar di Madrasah Aliyah dan mondok di Ponpes Salafiyah Solo. Bahkan ketika sudah berkeluarga dan tinggal di Gresik, masih saja aktif mengaji kepada Kiai Abdul Karim. Adapun mengenai lagu-lagu al-Qur’an, diperolehnya dari Kiai Damanhuri Malang dan Kiai Raden Salimin Yogyakarta. ”Kemudian lagu-lagu al-Qur’an itu, kami perdalam melalui kaset rekaman para qari’ Mesir, khususnya Syaikh Shiddiq Al-Minsyawi,” ungkapnya.

Sebelum belajar di Ponpes Salafiyah Solo, KH. Basori Alwi pernah mondok di Ponpes Sidogiri dan Ponpes Legi di Pasuruan antara tahun 1940 – 1943. Selain mengkaji ilmu-ilmu agama dengan kitab-kitab klasik khas pesantren salaf, dirinya juga tekun belajar Bahasa Arab. Di samping itu juga pernah berguru kepada Syaikh Mahmud Al-Ayyubi dari Iraq, Sayyid Abdur Rahman bin Syihab Al-Habsyi – sewaktu di Solo, Syaikh Ismail dari Banda Aceh. Gurunya yang disebut paling akhir ini, adalah pengasuh ponpes al-Ghazali dan redaktur siaran berbahasa Arab di RRI Yogyakarta saat masih menjadi ibukota darurat RI.

Di pondok pesantren maupun masyarakat luas, Pengasuh Pesantren Ilmu al-Qur’an (PIQ) Singosari Malang ini, lebih karib dipanggil dengan sebutan ustadz. Barangkali itu terkait dengan keahliannya dalam melagukan irama al-Qur’an. Apalagi dirinya tak pernah absen berkiprah di Musabaqah Tilawatil Qur’an (MTQ) dan Seleksi Tilawatil Qur’an (STQ). Baik sebagai Dewan Hakim di tingkat provinsi, maupun pada tingkat nasional. Menurut al-Khuli, kata al-Ustadz diartikannya sebagai profesor. Kiranya teramat pas jika gelar profesor tersebut disarungkan kepadanya. Di samping memang dirinya sangat piawai dalam hal pengajaran al-Qur’an, juga sebagai ulama’ ahli al-Qur’an yang cukup berpengaruh di dalam maupun luar negeri.

Dalam usia 78 ini, semangat untuk mengajarnya tak pernah surut. Sebab sejak muda, bidang garapan itulah yang selalu ditekuninya. Dirinya telah malang melintang berkhidmat di lembaga-lembaga pendidikan; baik umum maupun agama, formal maupun informal. Karir mengajarnya itu, dimulai sejak tahun 1950 ketika masih tinggal di rumah pamannya – di daerah kawasan Ampel Surabaya. Di samping mengajar di SMI Surabaya dan PGA Negeri Surabaya, juga pernah mengajar di PGAA Negeri Surabaya selama lima tahun. ”Ketika menikah dan hijrah ke Gresik, saya masih mengajar di Surabaya,” kenangnya.

Pada tahun 1958, KH. Basori Alwi baru pulang ke Singosari. Di tempat kelahirannya ini, dirinya kembali menjadi guru di PGAA Negeri Malang, serta dosen Bahasa Arab di IAIN Malang. Di samping mengajar di lembaga formal, masih aktif pula mengajar bacaan dan lagu al-Qur’an di berbagai tempat. Dan tepat pada tahun 1978, didirikanlah Pesantren Ilmu al-Qur’an (PIQ) di Singosari.

Kiprah dan andil besar KH. Basori Alwi di bidang pendidikan al-Qur’an, sungguh luar biasa. Tepat sekali jika beliau disebut sebagai pakar al-Qur’an. Sebab mantan qari’ tingkat nasional dan internasional ini, memang tiada henti-hentinya mengajar al-Qur’an dan mendakwahkannya. Dirinya ibarat pendekar yang sudah malang melintah di dunia tilawah. Di tahun 1965, bersama Ustadz Abdul Aziz Muslim dan (alm.) Fuad Zain, pernah diundang untuk membaca al-Qur’an di 11 negara Asia Afrika. “Saat berkunjung ke Saudi, kami berkesempatan melakukan ibadah haji. Dan itulah haji saya yang pertama kali,” tutur ayah sebelas anak ini sambil menerawang ke masa silam.

Tokoh bidang Tilawatil Qur’an ini, juga tercatat sebagai salah satu pendiri Jam’iyatul Qura’ wal Huffadz – organisasinya para qari’ dan penghafal al-Qur’an. Di samping itu tercatat pula sebagai salah satu pencetus ide MTQ tingkat internasional – pada Konferensi Islam Asia Afrika (KIAA) di tahun 1964. Dirinya juga termasuk penggagas MTQ tingkat nasional. Hingga kini beliau tak pernah absen menjadi juri, baik pada MTQ dan STQ Nasional maupun tingkat provinsi. Pada tahun 1985, KH. Basori Alwi juga pernah dipercaya menjadi juri MTQ tingkat internasional di Brunei Darussalam. Begitu pula ketika diselenggarakan di Mesir pada tahun 1998 dan Jakarta pada tahun 2003.

Beliau juga termasuk sosok aktivis organisasi kemasyarakatan yang ulet, serta senantiasa konsen pada dunia dakwah Islamiyah. Buktinya pada tahun 1995 s/d 1958, dirinya pernah memegang kepemimpinn Gerakan Pemuda Ansor. KH Basori Alwi bisa dibilang sebagai sosok ulama yang komplet. Di samping fasih berceramah, juga sangat produktif dalam hal tulis menulis. Selain banyak menulis buku, juga menulis risalah-risalah ringkas dalam bahasa Arab maupun bahasa Indonesia.

Dari karya-karya tersebut, tampak sekali bahwa wawasannya teramat luas dan sangat dinamis. Ketika dunia teknologi komunikasi mengalami perkembangan yang kian pesat, beliau pun tak mau ketinggalan. Bersama para santrinya, KH. Basori Alwi melahirkan rekaman melalui kaset, MP3 dan VCD. Di samping berisi panduan pembelajaran al-Qur’an, juga berisi praktek metode pengajaran, teori-teori ilmu tajwid serta yang lainnya. ”Semuanya itu kami produksi sendiri di studio pesantren,” terangnya.

PIQ Singosari, memang telah menjadi salah satu kiblat penting dalam hal tilawah. Inilah tempat yang menjadi pusat pembinaan para qari’-qari’ah di Jawa Timur. Apalagi sejak semula KH Basori Alwi memang telah menjadi rujukan, baik untuk Qira’ah bit-Tartil maupun cara membaca al-Qur’an secara baik dan benar. Banyak sekali masyarakat pesantren dan umum, yang memintanya untuk mentashih bacaan al-Qur’an mereka.

Sekalipun telah lanjut usia, kakek 23 cucu ini tetap aktif mengajar baik di dalam maupun luar pesantren. Kini masih rutin mengajar masyarakat umum di Kota Probolinggo, Leces, Pacet Mojokerto, Blitar, Sidoarjo dan Malang. Kiranya dirinya tak pernah melupakan pesan Kyai Muhith kepadanya: Li kulli syai’in zakaatun, wa zakaatul ilmi at-ta’ liim – segala sesuatu ada zakatnya, dan zakatnya ilmu itu adalah mengajar. ”Saya merasa bersyukur, para santri yang telah lulus dari sini mau mengembangkannya ke berbagai daerah. Tak sedikit dari mereka yang bahkan telah mendirikan pondok sendiri,” ucapnya bersahaja.

Inilah serba ringkas mengenai guru al-Quran kepada guru saya. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau di dunia dan akhirat. Wallahu a'lam.

Dahim, 1 Mei 2011

Rabu, 20 April 2011

IMAM HAMBALI KEMBALI KE RAHMATULLAH

Tanggal 20hb. April 2011 pada jam 4.20 petang guru saya yang tersayang telah dijemput menghadap Allah di rumah beliau di Meru Kalang. Beliau yang dimaksudkan ialah al-Marhum al-Fadhil al-Ustaz Hj. Mohd. Hambali bin Abd. Salam.

Beliau adalah satu-satunya guru Al-Quran saya yang paling dekat dengan saya dari sudut jarak kediaman. Beliaulah juga yang menyuruh kami sekeluarga menetap di Meru. Beliau mengembuskan nafasnya yang terakhir sebaik sahaja azan Asar dilaungkan di Masjid As-Syarif Pekan Meru pada petang Rabu 20hb.April 2011. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Islam Meru. Dianggarkan seramai 900 orang jemaah telah menyempurnakan solat jenazah di Masjid Asy-Syarif Meru.

Beliau yang dilahirkan pada 12.12.1931 adalah salah seorang anak murid al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ismail Tamim bin Abd. Aziz al-Bantaniy al-Makkiy imam di Makkah dan syaikh al-Maqari' Negeri Selangor dan Tan Sri Hj.Hassan bin Azhari. Pada tahun 1995, 2003 dan 2006 beliau menerima Anugerah Tokoh Guru, Pendidik dan Imam Masjid Negeri Selangor. Alhamdulillah saya sempat khatam bertalaqqi al-Quran dari beliau dan diijazahkan sanad qiraat al-Quran yang bersambung sampai ke Rasulullah s.a.w.

Saya secara peribadi menganggap beliau seperti ayah sendiri. dengan panggilan abah. Saya mengenali beliau sejak tahun 1994 iaitu ketika beliau bertugas sebagai imam di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, manakala saya pulang bertugas sebagai guru agama JAIS di sekolah agama di masjid tersebut.Terlalu banyak kenangan manis bersama beliau dan salah satunya beliau pernah menyuruh saya datang temuduga untuk jawatan imam di masjid Darul Ehsan Subang Jaya iaitu untuk menggantikan beliau sebab beliau mahu bertugas sebagai imam di Masjid As-Syarif Meru. Namun cadangan beliau saya tolak dengan baik dengan alasan saya masih bujang ketika itu.

Di antara perkara yang amat saya pasti ialah boleh dikatakan beliau membaca al-Quran setiap hari dan pernah beberapa kali khatam al-Quran setiap hari Jumaat sebelum masuk waktu solat Jumaat ( khatam dalam tempoh satu minggu ). Sehingga ada makmum yang terdengar-dengar suaranya membaca al-Quran sedang beliau tiada di masjid Darul Ehsan pada saat itu.

Beliau seorang yang sangat rajin menuntut ilmu meskipun telah banyak ilmunya dan telah menjadi salah seorang hakim untuk majlis tilawah al-Quran peringkat negeri Selangor. Beliau seorang yang alim, berakhlak mulia, tawaddhu' dan dermawan. Kali terakhir saya bertemu beliau selepas solat fardhu Jumaat, beliau minta saya pimpin beliau berjalan sebab beliau uzur.

Banyak nasihat beliau kepada saya, salah satunya agar saya terus menabur bakti mengajarkan al-Quran kepada sesiapa sahaja dan bergaul dengan semua tanpa mengira fahaman politik.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa guruku Mohd.Hambali bin Abd.Salam dan tempatkanlah ruhnya di dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang mendapat keredhaan-Mu, amin ya Rabbal 'alamin.

Selasa, 19 April 2011

CARA BELAJAR AL-QURAN

Ada 3 cara mempelajari bacaan Al-Quran;

1. Guru membacakan al-Quran di hadapan muridnya, kemudian murid pula membaca ayat yang telah dibacakan oleh gurunya. Bacaan akan diulang beberapa kali sehingga murid dapat membaca dengan betul. Guru hendaklah mampu memperdengarkan bacaan dengan suara yang kuat sehingga muridnya dapat mengikuti kaedah bacaan dengan baik.

2. Murid membaca al-Quran di hadapan gurunya. Jika ada kesilapan bacaan maka guru akan menegur murid dan memberitahunya bacaan yang betul. Murid akan mengulangi bacaannya sehingga guru berpuas hati dengan bacaan muridnya.

Kedua-dua kaedah tersebut adalah cara yang diamalkan oleh mereka yang mempelajari bacaan Al-Quran dari zaman Rasulullah s.a.w. Apabila kedua-dua kaedah bacaan tersebut digabungkan, maka ini kaedah yang paling baik.

Justeru, bacaan Al-Quran tidak memadai dipelajari menerusi radio, tv, cd, dvd dan sebagainya sebab semua cara tersebut adalah tidak mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang bertalaqqi kepada Jibril a.s, para sahabat bertalaqqi kepada Rasulullah s.a.w dan ulama bertalaqqi kepada guru-guru mereka. Kenapa mesti begitu? Apa sebabnya?;

1. Sebab bacaan Al-Quran adalah sunnah yang wajib diikuti sejak dari Rasulullah s.a.w hingga hari Qiyamat. Maksudnya bacaan Al-Quran perlu dipelajari dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w secara musyafahah ( face-to-face).

2. Sebab Al-Quran ialah kalam Allah. Justeru, untuk memastikan agr bacaan kita betul menurut perintah Allah ( Bacalah Al-Quran dangan Tartil- Al-Muzzamil:4 ), maka kita hendaklah mempelajarinya langsung dari orang yang ahli dalam bidang bacaan Al-Quran. Justeru, umat Islam perlu mencari guru yang boleh mengajarkan bacaan yang sahih.

3. Sebab bacaan Al-Quran wajib diterima langsung dari guru yang ahli dalam bidang tajwid dan bacaan Al-Quran. Wallahu a'lam.

20 April 2011, jam 8.40 pagi


CARA BELAJAR AL-QURAN

Cara mempelajari bacaan al-Quran ialah;

1. Guru membacakan al-Quran di hadapan muridnya, kemudian murid pula membaca ayat yang telah dibacakan oleh gurunya. Bacaan akan diulang beberapa kali sehingga murid dapat membaca dengan betul. Guru hendaklah mampu memperdengarkan bacaan dengan suara yang kuat sehingga muridnya dapat mengikuti kaedah bacaan dengan baik.

2. Murid membaca al-Quran di hadapan gurunya. Jika ada kesilapan bacaan maka guru akan menegur murid dan memberitahunya bacaan yang betul. Murid akan mengulangi bacaannya sehingga guru berpuas hati dengan bacaan muridnya.

Kedua-dua kaedah tersebut adalah cara yang diamalkan oleh mereka yang mempelajari bacaan Al-Quran dari zaman Rasulullah s.a.w. Apabila kedua-dua kaedah bacaan tersebut digabungkan, maka ini kaedah yang paling baik.

Justeru, bacaan Al-Quran tidak memadai dipelajari menerusi radio, tv, cd, dvd dan sebagainya sebab semua cara tersebut adalah tidak mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang bertalaqqi kepada Jibril a.s, para sahabat bertalaqqi kepada Rasulullah s.a.w dan ulama bertalaqqi kepada guru-guru mereka. Kenapa mesti begitu? Apa sebabnya?;

1. Sebab bacaan Al-Quran adalah sunnah yang wajib diikuti sejak dari Rasulullah s.a.w hingga hari Qiyamat. Maksudnya bacaan Al-Quran perlu dipelajari dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w secara musyafahah ( face-to-face).

2. Sebab Al-Quran ialah kalam Allah. Justeru, untuk memastikan agr bacaan kita betul menurut perintah Allah ( Bacalah Al-Quran dangan Tartil- Al-Muzzamil:4 ), maka kita hendaklah mempelajarinya langsung dari orang yang ahli dalam bidang bacaan Al-Quran. Justeru, umat Islam perlu mencari guru yang boleh mengajarkan Wallahu a'lam.


CARA BELAJAR AL-QURAN

Sejak mutakhir ini ada bermacam-macam kaedah mempelajari bacaan AL-Quran yang diperkenalkan oleh orang perseorangan dan syarikat perniagaan. Bahkan ada pula forum dan seminar berkaitan kaedah membaca AL-Quran. Semua ini adalah usaha yang baik dan mudah-muhan mendapat keredhaan Allah. Namun, satu perkara yang sangat penting ialah bacaan Al-Quran hendaklah dipelajari secara talaqqi dan musyafahah dari guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah agar bacaannya nanti benar . Secara ringkasnya proses mempelajari bacaan al-Quran itu asa 2 cara;

1. Guru membaca al-Quran untuk diikuti oleh murid, dan muridnya mengikuti bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh gurunya. Guru mengulangi bacaannya beberapa kali sehingga murid dapat membaca ayat al-Quran dengan betul dan baik/fasih.

2. Murid membaca al-Quran di hadapan gurunya, dan guru akan membetulkan bacaannya jika ada yang salah. Guru akan memperdengarkan bacaan yang betul untuk diikuti oleh muridnya.

Lebih baik jika kedua-dua cara tersebut di atas diamalkan semasa proses bertalaqqi dan musyfahah. Justeru, umat Islam hendaklah mempelajari bacaan al-Quran secara musyafahah (terus dari mulut guru) sebab banyak faedah dan besar keberkatannya. Mereka yang benar-benar memahami kepentingan talaqqi al-Quran secara musyafahah akan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menuntut ilmu dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Jika anda mengetahui ada orang yang alim dalam bacaan al-Quran dan mempunyai sanad, maka usahlah lepaskan peluang untuk menuntut ilmu daripadanya. Ikuti kuliahnya dan bertalaqqilah darinya secara musyafahah. Inilah cara atau amalan menuntut ilmu yang kian hari kian terhapus. Gunakanlah tenagamu, luangkan masamu dan belanjakanlah sedikit hartamu untuk jihad mempelajari ilmu-ilmu Islam seperti ilmu bacaan Al-Quran. Percayalah rezekimu akan ditambah dan keberkatan dari Allah untukmu di dunia dan akhirat. Yang penting, lakukanlah semua itu demi menuntut keredhaan Allah, bukan untuk tujuan keduniaan. Wallahu a'lam.

KAEDAH BACAAN QALQALAH

Barru-baru ini ada orang bertanya kepada saya kaedah bacaan Qalqalah. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi jawapan saya bersama umat Islam yang membaca tulisan saya ini. Mudah-mudahan ia dapat sedikit sebanyak menjadi panduan yang berguna kepada umat Islam.

Qalqalah ialah salah satu sifat huruf-huruf Hijaiyyah yang tertentu. Ia hanya terdapat pada lima huruf berikut;

ق ط ب ج د
Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian;

1. Qalqalah Sughra: setiap huruf Qalqalah yang mati ketika bacaan wasal. Bunyi Qalqalahnya tidak terputus. Contoh dalam surah al-Baqarah (61):


2. Qalqalah Kubra: setiap huruf Qalqalah yang dimatikan semasa waqaf. Bunyi Qalqalahnya terputus sebab waqaf. Contoh dalam surah al-Nisa' (35);



3. Qolqalah Akbar : setiap huruf Qalqalah yang bersabdu dimatikan sebab waqaf. Bunyi Qalqalahnya tertahan sebelum terputus sebab waqaf.Contoh dalam surah al-Baqarah ( 61):


Kaedah bacaan Qalqalah ada beberapa cara menurut para ulama ahli ada' tetapi yang masyhur ada 2 sahaja;

1. Bunyi Qalqalah adalah mengikut baris huruf sebelumnya iaitu;

a. Jika sebelumnya berbaris atas, maka bunyi qalqalahnya hampir kepada bunyi baris atas. Contoh;


b. Jika sebelumnya berbaris bawah, maka bunyi Qalqalahnya hampir kepada bunyi baris bawah. Contoh;


c. Jika sebelumnya berbaris hadapan, maka bunyi Qalqalahnya hampir kepada bunyi baris hadapan. Contoh;


2. Bunyi Qalqalah hampir kepada bunyi baris atas secara mutlak.

Pendapat yang lebih kuat dan terpilih ialah pendapat yang pertama.Walaupun begitu kedua-dua cara bacaan Qalqalah tersebut boleh diamalkan. Untuk maklumat yang lebih lanjut kita boleh dapati dalam kitab- kitab tajwid muktabar seperti;

a. Ghayah al-Murid fi 'ilm al-Tajwid Syaikh 'Athiyah Qabil Nashr, halaman 143-144

b. Ahkam Qiraat Al-Quran al-Karim, Syaikh Mahmud Khalil al-Hushariy, halaman 68-71

Namun begitu, kita hendaklah mempelajari bacaan al-Quran secara bertalaqqi dan musyafahah dari guru yang sanadnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w untuk memastikan bacaan kita sahih.

Doakan semoga saya dapat menyiap buku tajwid saya yang terbaru dalam tempoh terdekat. Amin ya Rabbal 'alamin. Wallahu a'lam.

Isnin, 18 April 2011

SANAD BACAAN AL-QURAN

Sanad ialah sandaran. Sanad bacaan al-Quran ialah sandaran bagi bacaan Al-Quran yang diamalkan oleh seseorang setelah ia bertalaqqi secara musyafahah dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. Bahkan sanad merupakan salah satu rukun bacaan Al-Quran yang sahih. Maksudnya bacaan Al-Quran yang diambil dari guru yang bukan ahlinya maka bacaan al-Quran dibimbangi tidak sahih.

Contohnya, saya mengambil bacaan al-Quran dari guru saya dan beliau dari gurunya yang mengambil dari gurunya yang mana proses pengambilan bacaan ini berterusan sambung-menyambung sampai kepada Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah dalam ijazah sanad saya yang pertama, nama saya adalah orang yang ke-44 dari Rasulullah manakala dalam ijazah sanad yang kedua pula, nama saya adalah orang yang ke-41 dari Rasulullah s.a.w.

Penganugerahan ijazah sanad bacaan adalah ketat bukan semua murid yang bertalaqqi akan menerima ijazah sanad tersebut. Banyak aspek yang perlu diteliti kerana ia merupakan amanah yang wajib dijaga agar tidak disalahgunakan kerana ia melibatkan ulama-ulama al-Quran yang solihin, wara' dan mulia. Bukan setakat boleh membaca al-Quran sahaja bahkan dilihat dari sudut kemampuan mengamal, mengajar dan akhlaknya tidak buruk. oleh sebab itu ijazah sanad tidak boleh diberikan secara sewenang-wenangnya. Sekurang-kurangnya mereka yang khatam bertalaqqi dari saya akan menerima ijazah 'ammah sahaja sebagai tanda perakuan bahawa ia pernah belajar al-Quran dari saya. Begitulah antara maksud nasihat guru-guru saya. Wallahu a'lam.

19 April 2011 jam 10.00 pagi

CARA BACAAN IQLAB DAN IKHFA' SYAFAWI

Iqlab ialah menukarkan Nun sakinah atau Tanwin kepada huruf Mim ( dalam bacaan bukan tulisan ) dan mendengungkan dengan kadar 2 harakat secara ikhfa' iaitu disembunyikan di sisi huruf Ba. Ada banyak contohnya seperti dalam surah al-Baqarah (31):


Ikhfa' Syafawi ialah membunyikan huruf Mim sakinah yang bertemu dengan huruf Ba dengan dengung 2 harakat. Contohnya ada banyak di dalam Al-Quran salah satunya dalam surah Ali 'Imran (101);


KAEDAH BACAAN

Saya menerima 2 cara bacaan untuk hukum Iqlab dan Ikhfa' Syafawi;

1. Kedua bibir mulut direnggangkan sedikit iaitu sekira-kira boleh dimasukkan sehelai kertas yang nipis ke dalam mulut. Kaedah bacaan ini saya terima dari (1) fadhilah al-Syaikh Muhammad Firdaus al-Muqri' iaitu murid al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ridha, guru qira'at di Syubra al-Azhar Mesir, (2) al-Marhum al-Muqri' Salikin bin Sitek Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor, (3)Fadhilah al-Syaikh al-Muqri' Haji Ahmad Badawi bin Abdullah, pensyarah di UKM Bangi, (4) al-Marhum Imam Hambali bin Abd.Salam, Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dan (5) Tan Sri Haji Hassan bin Hj.Azhari.

2. Kedua-dua bibir dirapatkan (itbaq) beserta dengan dengung yang ringan sepanjang 2 harakat. Begitulah kaedah bacaan Iqlab dan Ikhfa' Syafawi yang saya terima dari Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari pada 23hb.April 2011 ( Sabtu ), (2) Bapak Abd.Syukur al-Andunisiy seorang guru Tarannum al-Quran iaitu anak murid K.H Basori Alwi Hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Indonesia dan Antarabangsa.

Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari ( semoga Allah memanjangkan usianya dan memberinya kesihatan ) menasihati saya agar mengamalkan cara bacaan yang kedua ( merapatkan kedua-dua bibir) sebab cara kedua ini telah dipersetujui oleh para ulama Tajwid dan Qiraat di Mesir dan Syiria . Menurut Tan Sri salah seorang ulama yang menyetujui dan mengeluarkan fatwa tentang kaedah bacaan tersebut (merapatkan kedua-dua bibir) ialah al-Syaikh Muhammad Karrim Rajih, Syaikh al-Qurra' di Damsyiq. Wallahu a'lam.



19hb. April 2011 jam 9.50 pagi