Selasa, 19 April 2011

CARA BELAJAR AL-QURAN

Ada 3 cara mempelajari bacaan Al-Quran;

1. Guru membacakan al-Quran di hadapan muridnya, kemudian murid pula membaca ayat yang telah dibacakan oleh gurunya. Bacaan akan diulang beberapa kali sehingga murid dapat membaca dengan betul. Guru hendaklah mampu memperdengarkan bacaan dengan suara yang kuat sehingga muridnya dapat mengikuti kaedah bacaan dengan baik.

2. Murid membaca al-Quran di hadapan gurunya. Jika ada kesilapan bacaan maka guru akan menegur murid dan memberitahunya bacaan yang betul. Murid akan mengulangi bacaannya sehingga guru berpuas hati dengan bacaan muridnya.

Kedua-dua kaedah tersebut adalah cara yang diamalkan oleh mereka yang mempelajari bacaan Al-Quran dari zaman Rasulullah s.a.w. Apabila kedua-dua kaedah bacaan tersebut digabungkan, maka ini kaedah yang paling baik.

Justeru, bacaan Al-Quran tidak memadai dipelajari menerusi radio, tv, cd, dvd dan sebagainya sebab semua cara tersebut adalah tidak mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Rasulullah yang bertalaqqi kepada Jibril a.s, para sahabat bertalaqqi kepada Rasulullah s.a.w dan ulama bertalaqqi kepada guru-guru mereka. Kenapa mesti begitu? Apa sebabnya?;

1. Sebab bacaan Al-Quran adalah sunnah yang wajib diikuti sejak dari Rasulullah s.a.w hingga hari Qiyamat. Maksudnya bacaan Al-Quran perlu dipelajari dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w secara musyafahah ( face-to-face).

2. Sebab Al-Quran ialah kalam Allah. Justeru, untuk memastikan agr bacaan kita betul menurut perintah Allah ( Bacalah Al-Quran dangan Tartil- Al-Muzzamil:4 ), maka kita hendaklah mempelajarinya langsung dari orang yang ahli dalam bidang bacaan Al-Quran. Justeru, umat Islam perlu mencari guru yang boleh mengajarkan bacaan yang sahih.

3. Sebab bacaan Al-Quran wajib diterima langsung dari guru yang ahli dalam bidang tajwid dan bacaan Al-Quran. Wallahu a'lam.

20 April 2011, jam 8.40 pagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan