Al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Imam Hj. Muhammad Hambali bin Abd.Salam (12.12.1931-20.04.2011) ialah mantan imam besar Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, mantan imam Besar Masjid As-Syarif Pekan Meru Klang, mantan Nazir Masjid As-Syarif Pekan Meru, Tokoh Guru Agama Negeri Selangor dan hakim Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Selangor. Beliau seorang yang sangat rajin membaca al-Quran dan tidak kedekut ilmu. Beliau boleh dikatakan kerap khatam al-Quran, dan biasanya beliau khatam pada hari Jumaat sebelum khatib naik ke atas mimbar.
Beliau mempelajari ilmu tajwid dan qiraat dari al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ismail Tamim bin Abd. Aziz, Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor suatu ketika dahulu dan Tan Sri Hj. Hassan bin Azhari al-Makki, hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Alhamdulillah saya khatam bertalaqqi 30 juz dari beliau dan diijazahkan sanad bacaan al-Quran qiraat 'Asim riwayat Hafsh Thariq al-Syathibiyyah dan kemudian Thariq al-Jazariy.
Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atas guruku Muhmmad Hambali dan jadikanlah kuburnya sebagai taman dari taman-taman syurga. Amin ya Rabbal 'alamin.
Alhamdulillah, ana umur 20 tahun, sempat belajar dengan beliau di Masjid Meru dan Masjid Sultan Klang. Banyak jasa Ustaz ni. Moga tergolong glongn org Soleh :)
BalasPadam