Isnin, 18 April 2011

CARA BACAAN IQLAB DAN IKHFA' SYAFAWI

Iqlab ialah menukarkan Nun sakinah atau Tanwin kepada huruf Mim ( dalam bacaan bukan tulisan ) dan mendengungkan dengan kadar 2 harakat secara ikhfa' iaitu disembunyikan di sisi huruf Ba. Ada banyak contohnya seperti dalam surah al-Baqarah (31):


Ikhfa' Syafawi ialah membunyikan huruf Mim sakinah yang bertemu dengan huruf Ba dengan dengung 2 harakat. Contohnya ada banyak di dalam Al-Quran salah satunya dalam surah Ali 'Imran (101);


KAEDAH BACAAN

Saya menerima 2 cara bacaan untuk hukum Iqlab dan Ikhfa' Syafawi;

1. Kedua bibir mulut direnggangkan sedikit iaitu sekira-kira boleh dimasukkan sehelai kertas yang nipis ke dalam mulut. Kaedah bacaan ini saya terima dari (1) fadhilah al-Syaikh Muhammad Firdaus al-Muqri' iaitu murid al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ridha, guru qira'at di Syubra al-Azhar Mesir, (2) al-Marhum al-Muqri' Salikin bin Sitek Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor, (3)Fadhilah al-Syaikh al-Muqri' Haji Ahmad Badawi bin Abdullah, pensyarah di UKM Bangi, (4) al-Marhum Imam Hambali bin Abd.Salam, Hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor dan (5) Tan Sri Haji Hassan bin Hj.Azhari.

2. Kedua-dua bibir dirapatkan (itbaq) beserta dengan dengung yang ringan sepanjang 2 harakat. Begitulah kaedah bacaan Iqlab dan Ikhfa' Syafawi yang saya terima dari Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari pada 23hb.April 2011 ( Sabtu ), (2) Bapak Abd.Syukur al-Andunisiy seorang guru Tarannum al-Quran iaitu anak murid K.H Basori Alwi Hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Indonesia dan Antarabangsa.

Tan Sri Hj. Hassan bin Hj. Azhari ( semoga Allah memanjangkan usianya dan memberinya kesihatan ) menasihati saya agar mengamalkan cara bacaan yang kedua ( merapatkan kedua-dua bibir) sebab cara kedua ini telah dipersetujui oleh para ulama Tajwid dan Qiraat di Mesir dan Syiria . Menurut Tan Sri salah seorang ulama yang menyetujui dan mengeluarkan fatwa tentang kaedah bacaan tersebut (merapatkan kedua-dua bibir) ialah al-Syaikh Muhammad Karrim Rajih, Syaikh al-Qurra' di Damsyiq. Wallahu a'lam.



19hb. April 2011 jam 9.50 pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan