Selasa, 19 April 2011

CARA BELAJAR AL-QURAN

Sejak mutakhir ini ada bermacam-macam kaedah mempelajari bacaan AL-Quran yang diperkenalkan oleh orang perseorangan dan syarikat perniagaan. Bahkan ada pula forum dan seminar berkaitan kaedah membaca AL-Quran. Semua ini adalah usaha yang baik dan mudah-muhan mendapat keredhaan Allah. Namun, satu perkara yang sangat penting ialah bacaan Al-Quran hendaklah dipelajari secara talaqqi dan musyafahah dari guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah agar bacaannya nanti benar . Secara ringkasnya proses mempelajari bacaan al-Quran itu asa 2 cara;

1. Guru membaca al-Quran untuk diikuti oleh murid, dan muridnya mengikuti bacaan al-Quran yang diperdengarkan oleh gurunya. Guru mengulangi bacaannya beberapa kali sehingga murid dapat membaca ayat al-Quran dengan betul dan baik/fasih.

2. Murid membaca al-Quran di hadapan gurunya, dan guru akan membetulkan bacaannya jika ada yang salah. Guru akan memperdengarkan bacaan yang betul untuk diikuti oleh muridnya.

Lebih baik jika kedua-dua cara tersebut di atas diamalkan semasa proses bertalaqqi dan musyfahah. Justeru, umat Islam hendaklah mempelajari bacaan al-Quran secara musyafahah (terus dari mulut guru) sebab banyak faedah dan besar keberkatannya. Mereka yang benar-benar memahami kepentingan talaqqi al-Quran secara musyafahah akan sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menuntut ilmu dari guru yang sanadnya bersambung sampai kepada Rasulullah s.a.w.

Jika anda mengetahui ada orang yang alim dalam bacaan al-Quran dan mempunyai sanad, maka usahlah lepaskan peluang untuk menuntut ilmu daripadanya. Ikuti kuliahnya dan bertalaqqilah darinya secara musyafahah. Inilah cara atau amalan menuntut ilmu yang kian hari kian terhapus. Gunakanlah tenagamu, luangkan masamu dan belanjakanlah sedikit hartamu untuk jihad mempelajari ilmu-ilmu Islam seperti ilmu bacaan Al-Quran. Percayalah rezekimu akan ditambah dan keberkatan dari Allah untukmu di dunia dan akhirat. Yang penting, lakukanlah semua itu demi menuntut keredhaan Allah, bukan untuk tujuan keduniaan. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan