
Al-Marhum Syeikh Ridha bin Salim bin 'Aliy bin Sayyid Ahmad ialah guru qiraa'at di Ma'had al-Qiraa'at Syubra Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir. Beliau salah seorang ulama qiraat yang mempunyai sanad bacaan al-Quran yang tertinggi di Mesir.
Alhamdulillah saya khatam bertalaqqi 30 juz secara musyafahah dari Syeikh Muhammad Firdaus sehingga beliau berkenan mengijazahkan saya sanad qiraat 'Ashim riwayat Hafsh Thariq al-Syathibiyyah sebagaimana yang diterima dari al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ridha ( semoga Allah merahmati ruhnya). Dalam sanad tersebut saya adalah orang yang ke-43 dari Rasulullah s.aw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan