Sabtu, 30 April 2011

SHEIKHUNA TAN SRI HJ.HASSAN BIN HJ.AZHARI



Beliau ialah guru tajwid saya dan beliau juga guru kepada Ustaz Hj. Muhammad Hambali bin Abd. Salam. Tan Sri Hj. Hassan seorang yang pakar dalam bidang tajwid dan tarannum al-Quran. Jasa dan bakti beliau sangat banyak dalam bidang pengajian al-Quran.

Beliau mempelajari bacaan al-Quran dari guru-guru Al-Quran yang masyhur seperti al-marhum Sheikh al-Maqari' Syed Mahmud al-Bukhari, al-Marhum Sheikh Ismail Tamim al-Hafiz di Makkah , al-Marhum Sheikh Muhammad Abdul Samad, al-Marhum Sheikh Mahmud Lutfi 'Amir, al-Muqri' Syed Mahmud Amin Tantawi di Mesir dan al-Muqri' Tabib Ahmad Nu'ana' di Mesir. Nama beliau juga ada dinyatakan dalam sanad ijazah yang saya terima dari al-Marhum Hj. Muhmmad Hambali bin Abd. Salam.

Tan Sri Hassan seorang yang tawadhu' dan pemurah, beliau tidak kedekut ilmu serta sangat mesra dengan sesiapa sahaja yang beliau jumpa. Banyak nasihat yang saya terima dari beliau, salah satunya ialah beliau memberi semangat agar gigih mengajarkan al-Quran kepada umat Islam.

Ya Allah, panjangkanlah umur guru kami ini dalam keberkatan dan kebajikan. Amin ya Rabbal 'alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan