Selasa, 19 April 2011

KAEDAH BACAAN QALQALAH

Barru-baru ini ada orang bertanya kepada saya kaedah bacaan Qalqalah. Di kesempatan ini saya ingin berkongsi jawapan saya bersama umat Islam yang membaca tulisan saya ini. Mudah-mudahan ia dapat sedikit sebanyak menjadi panduan yang berguna kepada umat Islam.

Qalqalah ialah salah satu sifat huruf-huruf Hijaiyyah yang tertentu. Ia hanya terdapat pada lima huruf berikut;

ق ط ب ج د
Qalqalah terbahagi kepada 3 bahagian;

1. Qalqalah Sughra: setiap huruf Qalqalah yang mati ketika bacaan wasal. Bunyi Qalqalahnya tidak terputus. Contoh dalam surah al-Baqarah (61):


2. Qalqalah Kubra: setiap huruf Qalqalah yang dimatikan semasa waqaf. Bunyi Qalqalahnya terputus sebab waqaf. Contoh dalam surah al-Nisa' (35);



3. Qolqalah Akbar : setiap huruf Qalqalah yang bersabdu dimatikan sebab waqaf. Bunyi Qalqalahnya tertahan sebelum terputus sebab waqaf.Contoh dalam surah al-Baqarah ( 61):


Kaedah bacaan Qalqalah ada beberapa cara menurut para ulama ahli ada' tetapi yang masyhur ada 2 sahaja;

1. Bunyi Qalqalah adalah mengikut baris huruf sebelumnya iaitu;

a. Jika sebelumnya berbaris atas, maka bunyi qalqalahnya hampir kepada bunyi baris atas. Contoh;


b. Jika sebelumnya berbaris bawah, maka bunyi Qalqalahnya hampir kepada bunyi baris bawah. Contoh;


c. Jika sebelumnya berbaris hadapan, maka bunyi Qalqalahnya hampir kepada bunyi baris hadapan. Contoh;


2. Bunyi Qalqalah hampir kepada bunyi baris atas secara mutlak.

Pendapat yang lebih kuat dan terpilih ialah pendapat yang pertama.Walaupun begitu kedua-dua cara bacaan Qalqalah tersebut boleh diamalkan. Untuk maklumat yang lebih lanjut kita boleh dapati dalam kitab- kitab tajwid muktabar seperti;

a. Ghayah al-Murid fi 'ilm al-Tajwid Syaikh 'Athiyah Qabil Nashr, halaman 143-144

b. Ahkam Qiraat Al-Quran al-Karim, Syaikh Mahmud Khalil al-Hushariy, halaman 68-71

Namun begitu, kita hendaklah mempelajari bacaan al-Quran secara bertalaqqi dan musyafahah dari guru yang sanadnya bersambung kepada Rasulullah s.a.w untuk memastikan bacaan kita sahih.

Doakan semoga saya dapat menyiap buku tajwid saya yang terbaru dalam tempoh terdekat. Amin ya Rabbal 'alamin. Wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan