Sabtu, 30 April 2011

SHEIKHIY HJ.MUHAMMAD HAMBALI


Al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Imam Hj. Muhammad Hambali bin Abd.Salam (12.12.1931-20.04.2011) ialah mantan imam besar Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, mantan imam Besar Masjid As-Syarif Pekan Meru Klang, mantan Nazir Masjid As-Syarif Pekan Meru, Tokoh Guru Agama Negeri Selangor dan hakim Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Selangor. Beliau seorang yang sangat rajin membaca al-Quran dan tidak kedekut ilmu. Beliau boleh dikatakan kerap khatam al-Quran, dan biasanya beliau khatam pada hari Jumaat sebelum khatib naik ke atas mimbar.

Beliau mempelajari ilmu tajwid dan qiraat dari al-Marhum Fadhilah al-Syaikh Ismail Tamim bin Abd. Aziz, Syaikh al-Maqari' Negeri Selangor suatu ketika dahulu dan Tan Sri Hj. Hassan bin Azhari al-Makki, hakim Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Alhamdulillah saya khatam bertalaqqi 30 juz dari beliau dan diijazahkan sanad bacaan al-Quran qiraat 'Asim riwayat Hafsh Thariq al-Syathibiyyah dan kemudian Thariq al-Jazariy.

Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atas guruku Muhmmad Hambali dan jadikanlah kuburnya sebagai taman dari taman-taman syurga. Amin ya Rabbal 'alamin.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, ana umur 20 tahun, sempat belajar dengan beliau di Masjid Meru dan Masjid Sultan Klang. Banyak jasa Ustaz ni. Moga tergolong glongn org Soleh :)

    BalasPadam