Baru-baru ini salah seorang jamaah yang mengikuti kuliah Talaqqi al-Quran di Surau al-Najahiyah Seksyen 19 Shah Alam meminta saya menuliskan tentang cara bacaan huruf Ra' di dalam blog saya, maka saya tunaikan permintaannya dan ingin kongsikan bersama anda sekarang. Jika anda tidak faham, bertanyalah kepada guru al-Quran di tempat anda ( Usah buat andaian sendiri-sendiri, bahaya ) atau datang ke surau tersebut setiap pagi Sabtu jam 8.30 hingga 10.00 pagi atau hubungi Haji Amirnordin 0129062122.
Huruf Ra’ boleh dibaca sama ada dengan tafkhim ( tebal ) atau tarqiq ( nipis ) menurut syarat-syarat yang tertentu. Adapun hukum bacaan Ra’ terbahagi kepada 3 keadaan;[1]
1. Hukum-hukum Ra’ mutaharrikah ( berharakat );
1.1 Setiap huruf huruf Ra’ yang berbaris fathah atau dhammah wajib dibaca tafkhim (tebal). Contoh;
Bil | Contoh | Keadaan Ra’ |
1 | ﭛ ﭜ | Fathah Bersyaddah |
2 | ﮒ | Fathah |
3 | ﮓ | Fathah Tanwin |
4 | ﭟ | Dhamah |
5 | ﯲ | Dhamah Bersyaddah |
1.2 Setiap huruf huruf Ra’ yang berbaris kasrah wajib dibaca tarqiq (tipis). Contoh;
Bil | Contoh | Keadaan Ra’ |
1 | ﭑ | Kasrah |
2 | ﮩ ﮪ | Kasrah Bersyaddah |
2. Hukum-hukum Ra sakinah ( tidak berharakat ). Ada 3 bahagian;
2.1 Huruf Ra sakinah yang berada di awal kalimah;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﭤ | Huruf Ra’ sakinah di dahului oleh huruf ‘Athaf (Waw) | Tafkhim |
2 | ﭻ | Huruf Ra’ sakinah di dahului oleh huruf ‘Athaf (Waw) | Tafkhim |
3 | ﰋ | Huruf Ra’ sakinah selepas huruf berbaris dhammah sebab ibtida’ dengan Hamzah Wasal. | Tafkhim |
4 | ﯖ ﯗ | Huruf Ra’ sakinah selepas huruf Hamzah Wasal dan huruf berbaris kasrah. | Tafkhim |
5 | ﮧ ﮨ | Huruf Ra’ sakinah selepas huruf Hamzah Wasal dan huruf berbaris fathah. | Tafkhim |
6 | ﮮ ﮯ | Huruf Ra’ sakinah selepas huruf Hamzah Wasal dan huruf berbaris kasrah. | Tafkhim |
7 | ﭼ ﭽ | Huruf Ra’ sakinah selepas huruf Hamzah Wasal dan huruf berbaris kasrah. | Tafkhim |
Perhatian: huruf Ra’ sakinah yang terletak selepas Hamzah Wasal hendaklah dibaca dengan tafkhim (tebal).
2.2 Huruf Ra’ sakinah yang berada di tengah kalimah;
Huruf Ra’ sakinah yang berada di tengah kalimah terbahagi kepada 2 bahagian;
a. Huruf Ra’ yang wajib dibaca tarqiq (tipis) apabila ia memenuhi syarat-syaratnya;[2]
1. Huruf Ra’ sakinah selepas kasrah
2. Baris kasrah mestilah kasrah asliyyah (baris bawah asli)
3. Huruf Ra’ sakinah dan kasrah berada di dalam satu kalimah
4. Ada huruf Istifal selepas huruf Ra’ sakinah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Hukum |
1 | ﭱ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh huruf berbaris kasrah asli dan huruf selepasnya ialah huruf Istifal di dalam satu kalimah | Tarqiq |
2 | ﯵ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh huruf berbaris kasrah asli dan huruf selepasnya ialah huruf Istifal di dalam satu kalimah | Tarqiq |
3 | ﮐ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh huruf berbaris kasrah asli dan huruf selepasnya ialah huruf Istifal di dalam satu kalimah | Tarqiq |
4 | ﭒ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh huruf berbaris kasrah asli dan huruf selepasnya ialah huruf Istifal di dalam satu kalimah | Tarqiq |
b. Huruf Ra’ yang wajib dibaca tafkhim (tebal) apabila ia memenuhi syarat-syaratnya;[3]
1. Ada baris fathah atau dhammah sebelum huruf Ra’ sakinah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮣ ﮤ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
2 | ﭾ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
3 | ﭱ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
4 | ﮫ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
5 | ﮋ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
6 | ﭬ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
7 | ﯵ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
8 | ﭒ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris dhammah. | Tafkhim |
9 | ﯗ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris dhammah. | Tafkhim |
10 | ﭧ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris dhammah. | Tafkhim |
11 | ﮕ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
12 | ﯓ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
13 | ﯫ | Huruf Ra’ sakinah didahului oleh baris fathah. | Tafkhim |
Perhatian; tiga kalimah yang terdapat di nombor 11, 12 dan 13 diperselisihkan oleh ulama qiraat. Ada qurra’ yang membaca huruf Ra’ sakinah tersebut secara tafkhim dan ada qurra’ yang membacanya secara tarqiq. Namun, para muhaqqiqun,dan jumhur ahli al-adaa’ membacanya dengan tafkhim sebab mereka mengqiyaskan kalimah-kalimah tersebut dengan kalimah-kalimah lain yang memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan.[4]
2. Ada baris kasrah ‘aridhah (mendatang/bukan asli) sebelum huruf Ra’ sakinah sama ada di dalam satu kalimah atau dua kalimah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮈ | Ada baris kasrah ‘aridhah (bukan asli) sebelum huruf Ra’ sakinah dalam satu kalimah. | Tafkhim |
2 | ﮘ | Ada baris kasrah ‘aridhah (bukan asli) sebelum huruf Ra’ sakinah dalam satu kalimah. | Tafkhim |
3 | ﯡ ﯢ | Ada baris kasrah ‘aridhah (bukan asli) sebelum huruf Ra’ sakinah dalam dua kalimah. | Tafkhim |
4 | ﯖ ﯗ | Ada baris kasrah ‘aridhah (bukan asli) sebelum huruf Ra’ sakinah dalam dua kalimah. | Tafkhim |
3. Ada baris kasrah asli yang terpisah dari huruf Ra’ sakinah di dalam dua kalimah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﭾ ﭿ | Ada baris kasrah asli yang terpisah dari huruf Ra’ sakinah di dalam dua kalimah. | Tafkhim |
4. Ada huruf Isti’la’ berbaris fathah selepas huruf Ra’ sakinah di dalam satu kalimah. Namun jika kedua-duanya terpisah dalam dua kalimah, maka ia wajib dibaca tarqiq. Jika huruf Isti’la’ berbaris kasrah, maka ia boleh dibaca tafkhim atau tarqiq, tetapi bacaan tafkhim adalah lebih utama menurut jumhur ulama’ qiraat dan lebih utama untuk diamalkan. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﯱ | Huruf Ra’ sakinah bertemu dengan huruf Isti’la’ berbaris fathah di dalam satu kalimah. | Tafkhim |
2 | ﯠ | Huruf Ra’ sakinah bertemu dengan huruf Isti’la’ berbaris fathah di dalam satu kalimah. | Tafkhim |
3 | ﭙ | Huruf Ra’ sakinah bertemu dengan huruf Isti’la’ berbaris fathah di dalam satu kalimah. | Tafkhim |
4 | ﮬ | Huruf Ra’ sakinah bertemu dengan huruf Isti’la’ berbaris fathah di dalam satu kalimah. | Tafkhim |
5 | ﮑ | Huruf Ra’ sakinah bertemu dengan huruf Isti’la’ berbaris fathah di dalam satu kalimah. | Tafkhim |
Dikecualikan jika kedua-duanya terpisah dalam dua kalimah, maka ia wajib dibaca tarqiq. Contoh;
Bil | Contoh | Keterangan | Bacaan |
1 | ﮅ ﮆ ﮇ | Huruf Ra’ sakinah bertemu huruf Isti’la’ di dalam dua kalimah | Tarqiq |
Para ulama qurra’ berselisih pendapat tentang huruf Ra’ sakinah bertemu dengan huruf Isti’la’ yang berbaris kasrah;
Pendapat pertama: Huruf Ra’ sakinah yang bertemu dengan huruf Isti’la’ yang berbaris kasrah di dalam satu kalimah dibaca tarqiq semasa wasal dan waqaf sama ada dengan sukun mahadh atau raum sebab ia tafkhim secara mutlak menurut aliran ini. Inilah pendapat majoriti ulama qurra’ dan ia adalah yang utama dilaksanakan.[5]
Pendapat kedua: Huruf Ra’ sakinah yang bertemu dengan huruf Isti’la’ yang berbaris kasrah di dalam satu kalimah dibaca tafkhim semasa wasal. Jika bacaan diwaqafkan, maka ia boleh dibaca dengan tafkhim secara sukun mahadh, dan jika dibaca secara raum hendaklah dibaca tarqiq sahaja sebab ini adalah yang asal menurut aliran ini.[6] WaAllahu a’lam.
Contoh;
Bil | Contoh | Surah |
1 | ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ | Al-Syu’araa’ (63) |
3. Hukum-hukum Ra sakinah di akhir kalimah. Ia terbahagi kepada 2 bahagian;
3.1 Huruf Ra’ yang sukun dalam bacaan wasal dan waqaf. Ia ada 2 keadaan;
a. Dibaca tarqiq semasa wasal dan waqaf sebab huruf Ra’ sakinah terletak selepas kasrah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮯ ﮰ | Huruf Ra’ sakinah sebelumnya ada kasrah. | Tarqiq |
2 | ﯓ ﯔ | Huruf Ra’ sakinah sebelumnya ada kasrah. | Tarqiq |
3 | ﯖ ﯗ | Huruf Ra’ sakinah sebelumnya ada kasrah. | Tarqiq |
Jika ada huruf Isti’la’ selepasnya yang terletak di awal kalimah berikutnya, ia tetap dibaca tarqiq juga. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﯰ ﯱ | Huruf Ra’ sakinah sebelumnya ada kasrah dan bertemu dengan huruf Isti’la’ di dalam 2 kalimah | Tarqiq |
b. Dibaca tafkhim semasa wasal dan waqaf jika memenuhi 2 syarat berikut;[7]
Syarat pertama; huruf Ra’ sakinah didahului oleh fathah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮘ ﮙ | Huruf Ra’ sakinah yang didahului oleh fathah. | Tafkhim |
2 | ﮝ ﮞ | Huruf Ra’ sakinah yang didahului oleh fathah. | Tafkhim |
3 | ﯭ ﯮ ﯯ | Huruf Ra’ sakinah yang didahului oleh fathah. | Tafkhim |
Syarat kedua; huruf Ra’ sakinah didahului oleh dhammah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﭘ | Huruf Ra’ sakinah yang didahului oleh dhammah. | Tafkhim |
2 | ﯚ | Huruf Ra’ sakinah yang didahului oleh dhammah. | Tafkhim |
3.2 Huruf Ra’ yang sukun dalam bacaan waqaf tetapi berharakat dalam bacaan wasal. Ia terbahagi kapada 3 keadaan;[8]
1. Keadaan pertama: Huruf Ra’ dibaca tarqiq apabila ia disukunkan di akhir kalimah ketika waqaf dan ia berharakat jika dibaca wasal. Keadaan ini ada 3 syarat;
a. Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas kasrah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮃ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas kasrah. | Tarqiq |
2 | ﮐ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas kasrah. | Tarqiq |
3 | ﰉ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas kasrah. | Tarqiq |
4 | ﯧ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas sukun yang didahului oleh kasrah. | Tarqiq |
5 | ﭡ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas sukun yang didahului oleh kasrah. | Tarqiq |
6 | ﭢ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas sukun yang didahului oleh kasrah. | Tarqiq |
Jika huruf Ra’ diselangi huruf Isti’la’ selepas kasrah, maka ia diperselisihkan oleh para qurra’ sama ada tafkhim atau tarqiq. Namun bacaan yang tafkhim adalah lebih utama dan menjadi pilihan kebanyakan para qurra’ seperti imam ibnu al-Jazariy.[9] Contoh;
Bil | Contoh | Keterangan | Bacaan |
1 | ﯖ | Dibaca tafkhim sebab huruf Ra’ berbaris fathah yang asalnya dibaca fathah. | Tafkhim |
2 | ﮬﮭ | Dibaca tarqiq sebab huruf Ra’ berbaris kasrah yang asalnya dibaca kasrah. | Tarqiq |
b. Huruf Ra’ disukunkan selepas huruf Mad atau huruf Lin sahaja. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﰓ | Huruf Ra’disukunkan sebab waqaf selepas huruf Ya’ Mad | Dibaca Tarqiq |
2 | ﮍ | Huruf Ra’disukunkan sebab waqaf selepas huruf Ya’ Mad | Dibaca Tarqiq |
3 | ﮏﮐ | Huruf Ra’disukunkan sebab waqaf selepas huruf Ya’ Lin. | Dibaca Tarqiq |
4 | ﮝ | Huruf Ra’disukunkan sebab waqaf selepas huruf Ya’ Lin. | Dibaca Tarqiq |
5 | ﮮ ﮯﮰ | Huruf Ra’disukunkan sebab waqaf selepas huruf Ya’ Lin. | Dibaca Tarqiq |
6 | ﮯ | Huruf Ra’disukunkan sebab waqaf selepas huruf Ya’ Lin. | Dibaca Tarqiq |
c. Huruf Ra’ yang dibaca imalah ( bacaan antara fathah dan kasrah ) yang terdapat dalam surah Hud ayat 14;[10]
Kalimah | Surah |
ﮓ | Hud (41) |
2. Keadaan kedua: Huruf Ra’ dibaca tafkhim apabila disukunkan di akhir kalimah ketika waqaf dan ia berharakat jika dibaca wasal. Keadaan ini ada 3 syarat; [11]
a. Huruf Ra’ disukunkan selepas fathah atau dhammah sama ada diselangi oleh huruf sakin atau tidak. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮯ | Huruf Ra’ disukunkan selepas fathah sebab waqaf. | Tafkhim |
2 | ﯯ | Huruf Ra’ disukunkan selepas dhammah sebab waqaf. | Tafkhim |
3 | ﯞ | Huruf Ra’ disukunkan yang diselangi oleh sukun selepas dhammah sebab waqaf. | Tafkhim |
4 | ﮄ | Huruf Ra’ disukunkan selepas fathah sebab waqaf. | Tafkhim |
5 | ﭵ | Huruf Ra’ disukunkan yang diselangi oleh sukun selepas fathah sebab waqaf. | Tafkhim |
b. Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas huruf Alif Mad yang huruf sebelumnya berbaris fathah. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﮋ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas huruf Alif Mad yang huruf sebelumnya berbaris fathah | Tafkhim |
2 | ﯜ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas huruf Alif Mad yang huruf sebelumnya berbaris fathah | Tafkhim |
c. Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas huruf Waw Mad. Contoh;
Bil | Contoh | Syarat | Bacaan |
1 | ﭲ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas huruf Waw Mad | Tafkhim |
2 | ﭪ | Huruf Ra’ disukunkan sebab waqaf selepas huruf Waw Mad | Tafkhim |
3. Keadaan ketiga: harus dibaca tarqiq atau tafkhim huruf Ra’ yang disukunkan di akhir kalimah yang berhakat jika diwasalkan. Keadaan ini hanya berlaku pada kalimah-kalimah berikut yang terdapat d1i 10 tempat sahaja di dalam al-Quran dan bacaan tarqiq adalah lebih utama menurut para qurra’;[12]
Bil | Kalimah | Surah | Bacaan | Keterangan |
1 | ﭛ | Al-Fajr (4) | Tarqiq atau tafkhim | Tarqiq lebih utama |
2 | ﮜ | Al-Qamar (16,18,21,30,37,39) | Tarqiq atau tafkhim | Tarqiq lebih utama |
3 | ﯧ ﯨ | Al-Syu’araa’ (52) | Tarqiq atau tafkhim | Tarqiq lebih utama |
4 | ﭰ | Al-Dukhan (23) | Tarqiq Atau tafkhim | Tarqiq lebih utama |
5 | ﮬﮭ | Saba’ (12) | Tarqiq atau tafkhim | Tarqiq lebih utama |
6 | ﯖ | Yusuf (21) | Tarqiq atau tafkhim | Tarqiq lebih utama |
[1] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.268, lihat Ibn al-Jazariy, al-Nasyr fi al-Qiraat al-‘Asyar 2/ 93-101, Yaluusyah al-Tunisiy, al-Fawa’id al-Mufahhimah, hal. 25, dan Muhammad Makkiy Nashr, Nihayah al-Qawl al-Mufid, hal. 95
[2] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.269-270
[3] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.271-272
[4] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.270-271, lihat ibn al-Jazariy, al-Nasyr fi al-Qiraa’aat al-‘Asyar, 2/101-102, Muhammad Makkiy Nashr, Nihayah al-Qawl al-Mufid, hal.96-97
[5] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.272
[6] Ibid
[7] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.273, lihat ibn al-Jazariy, al-Nasyr fi al-Qiraa’aat al-‘Asyar, jld. 2,hal.104, Muhammad Makkiy Nashr, Nihayah al-Qawl al-Mufid, hal.97 dan al-Yalusyah al-Tunisiy, al-Fawa’id al-Mufahhimah, hal.26
[8] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.274
[9] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid, hal.274
[10] Hanya kalimah ini sahaja yang wajib dibaca secara Imalah menurut qiraat ‘Ashim yang diriwayatkan Hafsh menurut thariq al-Syathibiyyah.
[11] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid,hal.275
[12] Al-Wasith fi ‘lm al-Tajwid,hal.276-277
Izin Copy Yak Buat Materi ^_^
BalasPadamUstaz,saye tak faham contohnye..
BalasPadamKeliruu