Isnin, 2 Mei 2011

HUKUM MENYENTUH MUSHAF AL-QURAN

Orang yang dalam keadaan berhadas besar termasuklah yang sedang haidh dan nifas adalah haram menyentuh, membawa dan menanggung Al-Quran kecuali kerana dharurat seperti berlakunya kebakaran dan sebagainya.

Orang yang berhadas kecil ( tidak berwudhu’) juga haram menyentuh, membawa dan menanggung mushaf Al-Quran kecuali jika Al-Quran yang mengandungi tafsir dan jumlah perkataan yang terdapat di dalam tafsir berkenaan lebih banyak daripada ayat-ayat Al-Quran.

Orang yang berhadas kecil harus ( boleh ) membaca Al-Quran tetapi orang berhadas besar tidak harus membacanya kecuali dengan niat zikir pada masa-masa tertentu seperti membaca Basmalah sebelum makan dan ketika menaiki kenderaan iaitu membaca ayat berikut;

ﭿ

Supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"[1]

Wallahu a'lam.



[1] Al-Zukhruf: 13-14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan