Isnin, 2 Mei 2011

RUKUN BACAAN AL-QURAN YANG SAHIH

Sebagaimana iman dan Islam mempunyai rukun-rukunnya yang tertentu, maka bacaan Al-Quran yang sahih ( bacaan Al-Quran yang benar ) juga mempunyai rukun. Adapun rukun Bacaan Al-Quran yang sahih ada tiga perkara;

1. Mempunyai sanad (sandaran bacaan )

Bacaan al-Quran perlu diambil sehingga khatam dari guru yang bersambung sanadnya kepada Rasulullah s.a.w. Ini adalah rukun yang paling penting dan utama sebagaimana kata Zaid bin Tsabit r.a;

أَنَّ الْقِرَاءَةَ سُنَّةٌ مُتَّبَعَةٌ

Sesungguhnya bacaan Al-Quran adalah satu sunah yang perlu diikuti.[1]

2. Bacaan mestilah bertepatan dengan Rasm al-‘Utsmaniy

Bacaan Al-Quran hendaklah bertepatan dengaan salah satu daripada mushaf Rasm al-‘Utsmaniy. Contoh bacaan imam Ibnu Katsir yang menambah kalimah مِن antara تَجْرِى dan تَحْتِهَا serta huruf Ta’ yang kedua pada kalimah dibaca kasrah (baris bawah) menjadi تَحْتِهَا dalam ayat 100 dari surah al-Tawbah;

Mushaf

Rasm

Al-‘Utsmaniy

Bacaan

Imam

Ibnu Katsir

وَأَعَدَّ لَهُـمْ جَنَّـتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَـرُ خَـلِدِينَ فِيْهَا أَبَدًا


3. Bacaan mestilah bertepatan dengan satu wajah daripada wajah-wajah Nahwu ( tatabahasa Arab ).

Bacaan Al-Quran hendaklah bertepatan dengan kaedah tatabahasa Arab. Contoh bacaan imam Ibnu ‘Amir dalam al-An’am ayat 137;

Mushaf

Rasm

Al-‘Utsmaniy

Bacaan

Imam

Ibnu ‘Amir

وَكَذَلِكَ زُيِّنَ لِكَثِيرٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ قَتْلُ أَوْلَـدَهُـمْ

Jika terdapat kekurangan dalam sesuatu bacaan Al-Quran dari sudut rukun bacaan Al-Quran maka bacaan tersebut dikira bacaan syaz ( meragukan ). Perkara ini telah diperingatkan oleh imam Ibnu al-Jazariy rahimahu Allah;

فَكُلَّ مَا وَافَقَ وَجْهَ نَجْوِى وَكَانَ لِلرَّسْمِ احْتِمَالًا يَحْوِى

وَصَحَّ إِسْنَادًا هُوَ الْقُرْءَانُ وَهَـــذِهِ الثَّـــلَا ثَــةُ الْأَرْكَانُ

وَحَيْثُمَا يَخْتَلُّ رُكْنٌ أَثْبِتِ شُذُوْذُهُ لَوْ أَنَّـــهُ فِى السَّــبْعَةِ

“ Maka setiap bacaan yang bertepatan dengan kaedah tatabahasa Arab dan terdapat dalam Rasm al-‘Utsmaniy meskipun secara Ihtimal serta sah sanad maka inilah tiga rukun bacaan Al-Quran. Jika gugur salah satu daripada rukun-rukun tersebut maka bacaan itu adalah bacaan yang ganjil meskipun ia terdapat pada imam qiraat yang tujuh.”

Sekarang kita tanya diri kita, bagaimana dengan bacaan aku? Adakah aku telah khatam bertalaqqi al-Quran secara musyafahah dari guru yang bersanad? Sekurang-kurangnya bacaan surah al-Fatihah aku selama ini, sudah disahkan oleh guru al-Quran atau belum? Jika belum, usahlah risau, anda mungkin belum terlambat untuk bertemu guru agama untuk mengesahkan bacaan al-Quran anda. Caranya mudah sahaja, carilah guru al-Quran di tempat anda atau jika anda tinggal di Shah Alam, anda boleh datang setiap hari Sabtu jam 8..30 pagi hingga 10.00 pagi. Cuba tanya Hj. Amirnordin 0129062122 insya Allah dapat membantu anda. Usah malu untuk mendapat redha Allah. Selamat belajar

( والله أعلم بالصواب )


[1] Riwayat al-Marwazi. Beliau ialah Abu ‘Utsman Sa’id bin Manshur bin Syu’bah yang wafat di Makkah dalam tahun 227H.

4 ulasan: