- mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) [Terbaru]
- akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
- mempunyai mulut (الفم) [Terbaru]
SIKAP
1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka 2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak) 3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak) 4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain. 5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam. 6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7. Bersikap "taqiyyah" apabila dirasakan perlu. Fatwa mereka berbeza apabila bercakap di hadapan masyarakat umum dengan pengajian khusus bersama mereka [Terbaru].
8. Apabila mereka sedikit dan tidak berkuasa, mereka melaungkan slogan "Berlapang dada", namun apabila mereka ramai dan berkuasa mereka melaungkan slogan "Meghilangkan Bid'ah" [Sikap ini diambil berdasarkan kata-kata para ulama' Mekah yang memerhatikan sikap Wahhabi di Mekah sewaktu ia mula-mula berkembang sampai kini.][Terbaru].
9. Apabila mereka menerima tentangan daripada majoriti ulama', mereka menyatakan itu adalah asam garam dalam perjuangan. Sedangkan para ulama' menyatakan bahawa apabila sesuatu itu ditolak olej majoriti para ulama', maka itu adalah tanda-tanda kesesatan, kepelikan dan kejanggalan (shazz) atau ketergelinciran (zallah) kerana para ulama' umat Nabi Muhammad SAW tidak akan bersepakat di dalam kesesatan sepertimana yang disebut di dalam hadis Rasulullah SAW [Terbaru]
ULUM HADIS
1.Menolak beramal dengan hadis dhaif 2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain 3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi]. 4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama] 5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat 6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.
ULUM QURAN
1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil) [dan menurut sahabat penulis yang ada membuat penyelidikan di dalam bidang ini, sememangnya terdapat beberapa "ulama' Saudi" yang menyatakan tajwid itu bukanlah sunnah, tetapi bid'ah. Namun majoriti "ulama' Saudi" tidak bersetuju dengan kata-kata mereka].[Terbaru]
2. Mendakwa ayat-ayat mutashabihat sebagai ayat muhkamat. [Terbaru]
FIQH
1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB” 2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram 3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’ 4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah 5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah 6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’ 7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah 8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai taksub mazhab, sedangkan mereka taksub kepada Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab [Terbaru]. 9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain 10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum 11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab] 12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas
13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman
Najis 1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru]
Wudhu’ & Tayammum 1. Tidak menerima konsep air musta’mal 2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’ 3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.
4. Kaifiyyat Tayammum yang mereka pilih ialah: Tepuk sekali dan sapu muka serta kedua pergelangan tangan sahaja (tanpa perlu sampai ke siku). [Terbaru]
Azan 1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak
Solat 1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar 2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah yang keji 3. Berdiri secara terkangkang ataupun seperti huruf Y terbalik yang menyalahi konsep berdiri secara iktidal (lurus dan sederhana) [Terbaru]
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar 5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu 6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam 7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil) 8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah 9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah 10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin 11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa. 12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah 13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan 14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah - Fatwa Soleh Uthaymin 15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah 16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir 17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah 18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau 19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menolak konsep sembahyang menghormati waktu [li hurmah al-waqt] [Terbaru]
21. Menolak konsep fidyah sembahyang walaupun umum mengetahui ia adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat dhaif di dalam mazhab Shafie. [Terbaru]
Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran 1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah 2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah 3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah - Fatwa Ibn Baz 4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll, bahkan dikatakan semua itu bertentengan dengan Aqidah Islam [Terbaru] 5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram - dengan alasan "Jangan diiktikadkan wajib" [Terbaru] 6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat 7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah 8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah, tetapi kalau tidak berzikir atau lalai (al-ghaflah) tak mengapa pulak??!!! [Terbaru] 9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll 10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah 11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram 12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban 13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban 14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah 15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih
16. Berusaha mengharamkan wirid-wirid yang terkandung di dalam "Majmu' Sharif." [Terbaru]
17. Menyatakan bahawa mencium al-Quran adalah bid'ah terkeji [Terbaru] - Fatwa Soleh Uthaymin
Pengurusan Jenazah dan Qubur 1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini 2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur 3. Menganggap talqin sebagai bid’ah 4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram 5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah 6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik 7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram 8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah
Munakahat 1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)
Majlis Sambutan Beramai-ramai 1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s. 2. Menolak amalan marhaban 3. Menolak amalan barzanji. 4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah 5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia) 2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyahb. Ibnu al-Qayyimc. Muhammad Abdul Wahhab [Perbezaan yang ketara di antara pendekatan Ibnu Taymiyyah dan Muhammad Ibn Abdul Wahhab ialah: (i) Ibnu Taymiyyah tidak memaksa orang lain mengikut pendapatnya dengan pedang dan kuasa, ini adalah berbeza dengan pendekatan Muhammad Ibn Abdul Wahhab; (ii) Ibnu Taymiyyah juga tidak bersepakat dengan bukan Muslim untuk menjatuhkan saudara Islamnya][Terbaru]d. "Sheikh" Abdul Aziz Ibn Bazze. Nasiruddin al-Albanif. "Sheikh" Soleh Ibn Uthaiming. "Sheikh" Soleh Fawzan al-Fawzan [Secara peribadi, penulis mendengar dengan telinga dan melihat dengan mata sendiri di Madinah, Dr. Soleh Fawzan al-Fawzan, Rektor, Universiti Islam Madinah pada waktu tersebut menyatakan bahawa ulama' Al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah bukanlah daripada "golongan yang terselamat dari api neraka" (al-firqah al-najiyah)."] [Terbaru]
PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah 2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka 3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka 4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik. 5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu]. 6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.
TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar 2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani 3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat
Perhatian:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan