Isnin, 2 Mei 2011

RUKUN ILMU TAJWID


Bulan lepas saya dijemput sebagai penceramah dalam bengkel Tahsin Qiraat al-Quran yang dihadiri guru-guru agama di Petaling Jaya. Apabila ditanya apakah rukun ilmu tajwid? Ada di kalangan mereka yang tidak tahu, bahkan ada yang tidak pernah mendengar tentang rukun ilmu Tajwid. Jadi, saya ingin kongsikan jawapan saya di sini untuk makluman kita bersama.

Rukun ilmu Tajwid ada 4 perkara;

1. Mengetahui semua makhraj (tempat keluar) huruf hijaiyyah.

2. Mengetahui semua sifat (cara huruf keluar) dari makhraj huruf hijaiyyah.

3. Memelihara perbezaan bacaan huruf yang tafkhim dan tarqiq apabila tersusun menjadi satu kalimah.

4. Melakukan latihan lidah dengan cara banyak membaca Al-Quran. Wallahu A’lam.

Jika makhraj dan sifat huruf tidak ditunaikan dengan sempurna maka kesalahan bacaan akan terjadi. Jika kesalahan tersebut terjadi di dalam solat, maka solatnya akan batal dan ia berdosa. Sebagai contohnya perhatikan perbezaan bacaan kalimah-kalimah yang terdapat di dalam surah al-Fatihah berikut;

Bil

Kalimah

Bacaan yang salah

1

بِسْمِ اللَّـهِ

بِصْمِ اللَّـهِ

2

الْحَمْدُ لِلَّـهِ

الْـهَمْدُ لِلَّـهِ

3

الرَّحِيمِ

الرَّهِيمِ

4

الرَّحِيمِ

الرَّخِيمِ

5

مَـلِكِ يَوْمِ الدِّينِ

مَـلِقِ يَوْمِ الدِّينِ

6

اهْدِنَا

احْدِنَا

7

الْمُسْتَقِيمَ

الْمُصْتَقِيمَ

8

الْمُسْتَقِيمَ

الْمُسْتَكِـيمَ

9

غَيْرِ الْمَغْضُوبِ

خَيْرِ الْمَغْضُوبِ

10

الضَّآلِّيْنَ

الظَّآلِّيْنَ

Perkara yang mula-mula wajib dipelajari secara berguru ialah mempelajari makhraj dan sifat huruf hijaiyyah. Justeru, carilah guru atau datanglah ke majlis ilmu tajwid al-Quran. Sekarang sudah banyak pengajian al-Quran, cuma sikap kita sahaja yang perlu diubah kepada yang lebih baik. Jika anda tinggal di Shah Alam, datanglah ke Surau al-Najahiyyah seksyen 19 Shah Alam. Anda boleh hubungi pihak surau, Hj. Amirnordin 0129062122

Tiada ulasan:

Catat Ulasan