Isnin, 2 Mei 2011

ADAB KETIKA MEMBACA AL-QURAN


Adab membaca Al-Quran ada banyak dan antara adab-adab tersebut ialah;

1. Hendaklah ia membaca Al-Quran untuk menuntut redha Allah.

2. Hendaklah ia suci dari hadas besar dan kecil.

3. Hendaklah ia membaca Al-Quran di tempat yang bersih seperti masjid, surau dll.

4. Hendaklah ia bersiwak atau membersihkan gigi dan mulutnya.

5. Hendaklah ia memakai wangian.

6. Hendaklah ia menghadap ke arah kiblat.

7. Hendaklah ia berdoa sebelum membaca Al-Quran.

8. Hendaklah ia membaca Isti’azah sebelum membaca Al-Quran;

أَعُوْذُ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

9. Tidak diselangi dengan perbualan. Jika terpaksa berbual maka hendaklah ia mengucapkan صَدَقَ اللَّـهُ الْعَظِيْمُ terlebih dahulu.

10. Hendaklah ia membaca dengan sir ( suara perlahan ) jika ada orang lain yang sedang solat atau ketika ia seorang diri.

11. Hendaklah ia memerhatikan makna atau tafsir ayat-ayat Al-Quran yang dibaca kerana banyak kebaikannya. Justeru, sebaik-baiknya setiap keluarga muslim memiliki kitab tafsir Al-Quran. Sekarang sudah ada banyak kitab tafsir Al-Quran yang ditulis dalam bahasa Malaysia seperti Tafsir Al-Azhar oleh al-Marhum Prof. Dr. Hamka.

12. Hendaklah ia membaca Al-Quran sambil menangis, dan jika ia tidak boleh menangis maka buatlah seolah-olah menangis.

13. Hendaklah ia membaca dengan suara yang sedap menurut kemampuannya dan tidak semestinya berlagu. Ia boleh meniru bacaan para qari yang terkenal seperti al-Marhum al-Syaikh Mahmud Khalil al-Hushariy dan al-Marhum al-Syaikh ‘Abd al-Basit.

14. Hendaklah ia berhenti membaca Al-Quran apabila azan dilaungkan.

15. Berdoa selepas membaca Al-Quran sambil menadah kedua tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan