Isnin, 2 Mei 2011

BACAAN-BACAAN KHAS QIRAAT 'ASHIM RIWAYAT HAFSH THORIQ AS-SYATHIBIYYAH


Ada beberapa kalimah di dalam al-Quran yang wajib dibaca mengikut kaedah bacaan yang tertentu menurut qiraat Imam 'Ashim yang diriwayatkan oleh muridnya Hafsh m

HUKUM SIN

Di dalam Al-Quran ada 4 kalimah yang dibaca sama ada dengan Shad atau Sin. Ia terbahagi kepada 3 hukum;

1. Wajib dibaca dengan huruf Sin ( س). Ada 2 kalimah sahaja;

Bil

Surah

Kalimah

dibaca

1

البقرة : 145

وَيَبْسُطُ

2

الأعراف: 69

بَسْطَةً

2. Harus dibaca dengan huruf Sin ( س) atau Shad (ص ). Ada 1 kalimah sahaja;

1

الطور:37

الْمُسَيْطِرُونَ الْمُصَيْطِرُونَ

3. Wajib dibaca dengan huruf Shad (ص ). Ada 1 kalimah sahaja;

1

الغاشية: 22

HUKUM ISYMAM

Isymam ialah memuncungkan dua bibir mulut ke hadapan sejurus setelah mematikan huruf sebagai isyarat baris dhammah dengan sedikit lubang di antara dua bibir tersebut untuk mengeluarkan nafas tanpa suara. Bacaan secara Isyamam tersebut hanya terdapat di dalam surah Yusuf ayat 11 menurut riwayat Hafsh;

Kalimah

Ayat

Surah

Yusuf

(11)

HUKUM RAUM

Raum ialah membunyikan sebahagian harakat dengan suara yang perlahan ( disembunyikan sebahagian barisnya ) yang dapat didengar oleh orang yang dekat dengannya, tidak orang yang jauh darinya. Bacaan raum terdapat dalam surah Yusuf ayat 11 sebagaimana yang dinyatakan di dalam Hukum Isymam. Kalimah tersebut dibaca berdasarkan asal kalimah tersebut yang mengandungi 2 huruf Nun ( huruf Nun yang pertama berbaris dhammah dan huruf Nun yang kedua berbaris fathah );

Kalimah

Asal kalimah

لَا تَأْمَنُنَا

Cara bacaan Raum ialah dengan membunyikan huruf Nun yang berbaris dhammah dengan kadar ½ harakat dengan suara yang perlahan. Namun, bacaan yang tepat hanya boleh diketahui dengan cara bertalaqqi dan musyafahah dari guru Al-Quran yang mahir dan bersanad.

HUKUM IMALAH

Imalah yang dimaksudkan di sisni ialah membunyikan huruf Ra antara fathah dengan kasrah atau antara Alif dengan Ya’. Bacaan Imalah tersebut hanya ada di dalam surah Hud ayat 14 sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hafsh gurunya Imam ‘Ashim;

Kalimah

Ayat

Surah

Hud

(14)

Bunyi huruf Ra’ dalam kalimah tersebut seperti bunyi perkataan ‘ray’ dalam x-ray. Namun bacaan yang tepat hanya boleh diketahui dengan cara berguru.

HUKUM TASHIL

Tashil ialah membunyikan huruf antara bunyi huruf Hamzah dan huruf Alif. Menurut Imam Hafsh bacaan Tashil tersebut hanya ada di dalam surah Fushshilat ayat 44;

Kalimah

Ayat

Surah

ﯠﯡ

ﯝﯞ ﯠﯡ

Fushshilat

(44)

Bacaan Tashil tersebut tidak boleh diketahui dengan tepat kecuali dengan cara bertalaqqi dan musyafahah dari guru yang bersanad.

HUKUM NAQAL

Naqal yang dimaksudkan di sini ialah membaca huruf Lam dengan kasrah sebagai satu keringanan. Bacaan ini juga dinamakan Syabih Binnaqal ( yang menyerupai bacaan Naqal ) atau Mulhaq Binnaqal ( yang layak dengan bacaan Naqal ). Menurut riwayat imam Hafsh bacaan tersebut hanya terdapat di dalam surah al-Hujurat ayat 11;

Kalimah

Ayat

Kaedah bacaan

بِئْسَ لِسْمُ الْفُسُوقُ

Kaedah ibtida’ (memulakan bacaan) dengan kalimah ialah;

الْإِسْمُ الْفُسُوقُ

لِسْمُ الْفُسُوقُ

HUKUM SAKTAH

Saktah ialah berhenti sekadar 2 harakat sebelum menyambung bacaan dengan nafas yang sama. Bacaan saktah ada 2 hukum menurut riwayat imam Hafsh;

1. Saktah wajib

Saktah yang wajib terdapat di dalam empat surah;

a. Surah al-Kahf: 1

Kalimah

Ayat

ﯥﯦ

ﯥﯦ

Bacaan saktah terjadi ketika wasal sahaja. Jika bacaan diwaqafkan di akhir ayat 1, maka kalimah tersebut dibaca menurut hukum Mad ‘Iwadh ( 2 harakat ). Amalan berhenti di akhir ayat adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Justeru, berhenti di akhir ayat adalah lebih utama daripada menyambung bacaan.

b. Surah Yasin: 52

Kalimah

Ayat

ﯭﯮﯯ

ﯭﯮﯯ

Bacaan saktah terjadi ketika wasal sahaja. Jika bacaan diwaqafkan di akhir kalimah ﯭﯮﯯ , maka kalimah tersebut dibaca menurut hukum Mad Asli ( 2 harakat ), dan berhenti pada kalimah tersebut adalah lebih utama berdasarkan tanda al-Waqf al-Awla.

c. Surah al-Qiyamah: 27

Kalimah

Ayat

ﭱﭲ

ﭱﭲ

Bacaan saktah terjadi semasa wasal sahaja dan tiada bacaan secara waqaf kerana tiada harus menghentikan bacaan pada kalimah ﭱﭲ, kecuali jika terpaksa berhenti maka ia dibaca menurut hukum Izhar.

d. Surah al-Muthaffifin: 14

Kalimah

Ayat

ﭻﭼ

ﭹﭺ ﭻﭼ ﭿ

Bacaan saktah terjadi semasa wasal sahaja dan tiada bacaan secara waqaf kerana tiada harus menghentikan bacaan pada kalimah , kecuali jika terpaksa berhenti maka ia dibaca menurut hukum Izhar.

2. Saktah harus

Saktah harus ada di 2 tempat di dalam Al-Quran;

1. Ayat akhir surah Al-Anfal dan awal ayat pertama surah Al-Tawbah ketika wasal;

Awal surah al-Tawbah

Akhir ayat al-Anfal

2. Antara akhir ayat 28 dan awal ayat 29 surah al-Haqqah semasa wasal;

Ada 2 kaedah bacaan ketika wasal;

a. Saktah;

Awal ayat 29

Akhir ayat 28

b. Idgham Kamil;

Kalimah

Kaedah bacaan

ﯵﯸ

مَالِيَهَّلَكَ

2 ulasan:

  1. Maaf ustaz. Saya rasa dalam topik 'imalah' ia adalah surah hud ayat 41, bukan 14. Typo, saya rasa.
    Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam