Isnin, 2 Mei 2011

KAEDAH MEWASALKAN TANWIN YANG BERTEMU DENGAN HURUF MATI


Banyak umat Islam yang tidak tahu menyambungkan bacaan jika tanwin bertemu dengan huruf mati yang biasanya didahului oleh Hamzah al-Wasal. Di sini saya tuliskan caranya. Namun begitu, anda perlu mendapatkan pengesahan dari guru al-Quran untuk memastikan kefahaman dan amalan anda benar. Jika anda tinggal di sekitar seksyen 19 Shah Alam, datanglah pada setiap Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi untuk bertalaqqi al-Quran.Hubungi Hj Amirnordin di talian 0129062122.

Tanwin ialah Nun sakinah zaidah iaitu huruf Nun mati tambahan di akhir kata nama benda, yang ada dalam bacaan tetapi tiada dalam bentuk tulisan. Contoh;

Bil

Bentuk Tanwin

Contoh Tanwin

Nun Sakinah Zaidah

( Bacaan )

1

Baris Dua Di Atas

خَيْرَنْ

2

Baris Dua Di Bawah

بَعْضِنْ

3

Baris Dua Di Depan

أَحَدُنْ

Apabila Tanwin bertemu dengan dua huruf yang tiada harakat ( huruf yang mati yang yang biasanya didahului huruf hamzah Wasal ), maka Tanwin tersebut hendaklah ditukar kepada Nun sakinah zaidah yang dibaca kasrah semasa wasal. Perhatikan contoh-contoh berikut;

Bil

Contoh

Nun Sakinah Zaidah

Kaedah Bacaan

1

ﭗﭘ

قَوْمَنْ

قَوْمَنِ اللَّـهُ

2

خَيْرَنْ

خَيْرَنِ الْوَصِيَّةُ

3

بَعْضِنْ

بَعْضِنِ الْقَوْلَ

4

يَوْمَئِذِنْ

يَوْمَئِذِنِ الْحَقُّ

5

نُوحُنْ

نُوحُنِ ابْنَهُ

6

عَادُنْ

عَادُنِ الْمُرْسَلِينَ

2 ulasan:

  1. (salam) tumpang bertanya ustaz, di bhgn kolum 'contoh',apa benda yg spt ni? --> ﭗﭘ ﭙ

    BalasPadam
  2. assalamualaikum ust.. terima kasih atas perkongsian..
    tapi, boleh saya tahu nama hukum membaca tanwin bertemu huruf mati?
    terima kasih :)

    BalasPadam