Ahad, 1 Mei 2011

PANDUAN MENTAJWIDKAN BACAAN SURAH AL-FATIHAH


TAJWID SURAH AL-FATIHAH

Banyak umat Islam yang solat masih gagal mentajwidkan bacaan surah al-Fatihah. Bahkan ada yang tidak berani menjadi imam untuk solat fardhu Zuhur dan Asar dengan alasan bacaan surah al-Fatihah banyak yang tidak betul. Di sini saya ingin berkongsi maklumat bersama anda tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan ummul kitab tersebut;

ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭽ

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Qiyamat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai (Yahudi), dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (Nasrani/Kristian).

(Tafsir Al-Quran al-‘Azim ( al-Jalalain), Dar al-Fikr, Lebanon, cetakan pertama (1991), hal.3)

Jenis-jenis waqaf yang terdapat di dalam surah al-Fatihah

Tersebut di dalam kitab Manar al-Huda fi Bayan al-Waqf wal Ibtida’, oleh Ahmad bin Muhammad bin ‘Abd al-Karim al-Asymuniy, ( Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah Lebanon, Cetakan Kedua (2007),Hal.72-73 bahawa Waqaf al-Tamm (sempurna) di dalam surah al-Fatihah ada 4:

Mewaqafkan bacaan di empat tempat tersebut dihukumkan telah sempurna dari sudut makna dan maksud ayat dan memulakan bacaan selepasnya adalah harus. Bahkan cara mewaqafkan bacaan di akhir ayat adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Justeru, mewasalkan akhir ayat dengan awal ayat berikutnya adalah makruh kerana bersalahan dengan yang aula ( yang utama). Oleh kerana semua ayat di dalam surah al-Fatihah berakhir dengan Madd ‘Aridh Lissukun, maka kadar harakatnya wajib diseragamkan iaitu jika Basmalah diwaqafkan 2 harakat, maka ayat-ayat yang bakinya wajib dibaca 2 harakat juga. Begitulah juga jika Basmalah diwaqaf 6 harakat, maka semua ayat yang lain diwaqafkan 6 harakat juga. (Ghayah al-Murid fi ‘ilm al-Tajwid, oleh ’Athiyah Qabil Nashr, Maktabah al-Haramain, Riyadh,Cetakan Pertama (1409H), hal.111)

Waqaf al-Jaizah ( Harus ) ada 6 :

Waqaf ini dikatakan al-Jaizah atau harus iaitu boleh mewaqafkan bacaan padanya kerana ayat berkenaan boleh difahami dari sudut makna meskipun ada di antaranya yang mempunyai hubungan dengan ayat selepasnya dari sudut lafaz dan maksud ayat.

Waqaf al-Qabih ( Buruk ) ada 13 :

ﭼ ﭽ

Ada 13 waqaf Qabih (yang buruk) dalam surah al-Fatihah tetapi waqaf Qabih yang acapkali dilakukan ialah waqaf pada yang kedua sama ada disengajakan atau sebab jahil. Justeru, jika kita tidak mampu waqaf di akhir ayat ketujuh ( ) sebab nafas pendek umpamanya, maka kita hendaklah menghentikan bacaan pada kalimah yang pertama, bukan pada yang kedua kerana ia termasuk dalam jenis waqaf yang buruk dan dilakukan oleh orang yang jahil.[1] Jika kita mewaqafkan pada yang pertama, maka kita tidak dituntut untuk mengulangi bacaan dari awal ayat ketujuh tersebut sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Fath al-Mu’in;

والأولى أن لا يقف على أنعمت عليهم لأنه ليس بوقف ولا منتهى آية عندنا فإن وقف على هذا لم تسن الإعادة من أول الأية

“ Dan yang utama bahawa tidaklah diwaqafkan pada kerana bahawasanya bukanlah itu tempat waqaf, dan bukan penghabisan ayat pada kita. Maka jika telah waqaf seorang dengan cara ini, tidaklah disunnatkan kembali dari permulaan ayat" . ( Fath al-Mu’in Zainuddin bin ‘Abd al-‘Aziz al-Malibariy al-Fannaniy pada Hamisy I’anah al-Thalibin, juz 1, halaman 147).

Perhatian:

1. Disunnatkan mengucapkan Ta’min ( آمِـيْنَ ) selepas membaca . Ada 4 kaifiat membacanya;

a. Huruf Alif dibaca 6 harakat. Inilah cara paling sahih.

b. Huruf Alif dibaca pendek (tanpa madd)

c. Huruf Alif dibaca Imalah

d. Huruf Alif dibaca panjang dan huruf Mim ditasydidkan

( Al-Azkar (ter.) Al-Imam Al-Nawawi, Pustaka Antara sdn.Bhd. cetakan Ogos 2000, hal.91-92 )

2. Disunnatkan berdoa selepas membaca iaitu sebelum mengucapkan Ta’min ( Amin). Rasulullah s.a.w membaca doa berikut sebelum Ta’min ; رَبِّ اغْفِرْ لِيْ ( Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku ). Al-Fiqh al-Islamiy, H.Sulaiman Rasjid, Sinar Baru Algensindo,Cetakan ke-41 (2008), hal.91-92; Dari Wail bin Hujr, Ia telah mendengar Rasulullah ketika selesai membaca , beliau membaca ; رَبِّ اغْفِرْ لِيْ ( Riwayat al-Tabraniy dan Al-Baihaqiy)

Sudahkah anda mempelajari bacaan surah al-Fatihah secara berguru dan mendapatkan pengesahan darinya? Jika belum berbuat demikian, cubalah cari guru agama khususnya orang yang alim dalam bidang ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran. Perkara ini sangat penting sebab membaca surah al-Fatihah adalah salah satu rukun Qawli di dalam solat fardhu dan solat sunnat. Bacaan surah al-Fatihah yang salah boleh menyebabkan solat tidak sah dan Allah tidak akan menerima solat yang tidak sah. Jika anda ingin mempelajari bacaan surah tersebut dari saya, sila datang ke;

a. Masjid Bandar Bukit Puchong setiap hari Ahad selepas solat fardhu Maghrib, atau

b. Surau As-Syakirin Taman Puchong Utama setiap hari Jumaat selepas solat Fardhu Maghrib.

Wallahu a’lam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan