Selasa, 3 Mei 2011

BACAAN MIM SAKINAH BERTEMU HURUF WAW DAN FA


Kita hendaklah berhati-hati apabila huruf Mim sakinah bertemu dengan huruf Waw dan Fa agar tidak membunyikannya secara ikhfa’ sebab tempat keluarnya ada yang sama iaitu huruf ( م ) dan yang berhampiran ( ف ). Banyak pembaca Al-Quran yang kurang cermat semasa membaca huruf Sakinah terutamanya ketika ia bertemu dengan salah satu huruf tersebut sehingga seolah-olah mendengungkannya seperti;

Kadang-kadang kesalahan bacaan tersebut dilakukan oleh imam ketika solat. Oleh kerana perkara ini acapkali dilakukan oleh umat Islam sehingga ia ada dinyatakan oleh seorang pakar ilmu Tajwid, al-Syaikh Sulaiman al-Jamzuri;[1]

وَاحْذَرْ لَدَى وَاوٍ وَفَا أَنْ تَخْتَفِيْ لِقُرْبِهَا وَالْإِتِّحَادِ فَاعْرِفِ

“ Dan hendaklah kamu berhati-hati apabila huruf Mim sakinah bertemu dengan huruf Waw dan Fa agar tidak membunyikannya secara ikhfa’ sebab tempat keluarnya ada yang sama iaitu huruf ( م ) dan yang berhampiran ( ف ), maka ketahuilah olehmu”

Wallahu a'lam

[1] Fath al-Aqfal Syarah Tuhfah al-Atfal, hal. 44

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan