Isnin, 30 Mei 2011

GURU-GURUKU DALAM BIDANG AL-QURAN

Gambar kenangan bersama guru saya Tan Sri Hj Hassan bin Azhari, hakim Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau seorang yang tegas semasa mengajar dan seorang yang sangat mesra serta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu dan pandangan dengan saya.Beliaulah insan yang banyak mendorong saya agar mengajarkan ilmu tajwid dan bacaan Al-Quran agar termasuk dalam golongan umat Nabi Muhammad s.a.w yang dinyatakan di dalam hadis sahih " Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya" Hadis Riwayat al-Bukhari.

Nama beliau Abd. Syukur berasal dari Indonesia. Beliau guru Tarannum al-Quran. Anak murid Kiyahi Basori Alwi, alim besar dalam bidang al-Quran di Indonesia.



Nama beliau Muhammad Hambali bin Abd. Salam, mantan Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya, mantan Nazir dan imam Masjid As-Syarif Pekan Selangor. Beliau juga merupakan Tokoh Imam dan Guru Agama Negeri Selangor.
Nama beliau ialah Hassan bin Azhari kelahiran Makkah al-Mukarramah. Beliau belajar ilmu tajwid dan qiraat dari ulama al-Quran di Makkah dan Mesir seperti Shaiykh Ismail Tamim dan Shaykh Sayed Mahmud al-Bukhari. Salah seorang anak murid beliau yang terkenal ialah Hj Muhammad Hanbali bin Abd. Salam.


Nama beliau Ahmad Badawi bin Abdullah, mantan pensyarah di UKM dan salah seorang anggota dalam Ahli JAwatankuasa Pentashih Mushaf Al-Quran (KDN). Beliau berasal dari Negeri Pahang. Saya banyak mendapat banyak tunjuk ajar dan bimbingan dalam bidang Tajwid al-Quran secara teori dan amali iatu talaqqi dan musyfahah dalam tempoh 2 tahun. Ya Allah panjangkan umur guruku ini dan berkatilah ilmu yang diajarkan kepada kami anak-anak muridnya.


1 ulasan:

  1. kenapa detail tuk ahmad badawi bin abdullah tu hanya mantan pensyarah jer...tak der info len..

    BalasPadam