Isnin, 2 Mei 2011

DOA SEBELUM DAN SELEPAS MEMBACA AL-QURAN

D0A SEBELUM MEMBACA AL-QURAN AL-KARIM

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيْمِ . الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَآءِ وَالْـمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. للَّـهُـمَّ بِالْحَقِّ أَنْزَلْتَهُ وَبِالْحَقِّ نَزَّلَ اللَّـهُـمَّ عَظِّمْ رَغْبَتَنَا فِيْهِ وَاجْعَلْهُ نُوْرًا لِّأَبْصَارِنَا شِفَآءً لِّصُدُوْرِنَا وَذَهَابًا لِـهَمِّنَا وَغَمِّنَا وَحُزْنِنَا . اللَّـهُـمَّ زَيِّنْ بِهِ أَلْسِنَتَنَا , وَجَمِّلْ بِهِ وُجُوْهَنَا وَقَوِّ بِهِ أَجْسَادَنَا وَثَقِّلْ بِهِ مِيْزَانَنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ عَلَى طَاعَتِكَ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ وَاحْشُرْنَا مَعَ النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ وَءَالِهِ الْأَخْيَارِ ( يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 3 كالي ) وَصَلَّى اللَّـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ , وَ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, Engkau turunkan Al-Quran membawa kebenaran. Bahkan kerana kebenaran jugalah ia turun. Ya Allah, tingkatkan kecenderungan kami untuk membacanya. Jadikanlah Al-Quran bagi kami penyerlah pandangan, penyembuh jiwa, pengubat duka-lara yang menghapuskan kesedihan dan rasa dukacita. Ya Allah jadikanlah Al-Quran basahan lidah kami, penyeri wajah kami, penyegar jasmani kami. Beratkanlah timbangan amal soleh bagi kami dengan Al-Quran. Kurniakanlah kepada kami kudrat membaca dan mematuhi suruhan-Mu sepanjang malam dan siang. Himpunkanlah diri kami bersama Rasul-Mu Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga Baginda yang mulia.

DOA SELEPAS MEMBACA AL-QURAN AL-KARIM

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيْمِ, الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَآءِ وَالْـمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. للَّـهُـمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِى الدُّنْيَا قَرِيْنًا وَفِى الْقَبْرِ مُؤْنِسًاوَفِى الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا وَعَلَى الصِّرَاطِ نُوْرًا وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا وَإِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيْلًا وَإِمَامًا بِفَضْلِكَ وَجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا أَكْرَمَ الْأَكْرَمِيْنَ وَيَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَصَلَّى اللَّـهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. وَ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran teman hidup kami di dunia, penghibur kesepian kami di dalam pusara dan penyelamat diri kami pada hari Kiamat kelak. Jadikanlah Al-Quran penyuluh jalan meniti Siratul Mustaqim, teman ke syurga dan pendiding dari api neraka, serta pemangkin kepada segala kebaikan dan tempat merujuk segala permasalahan dengan limpahan kurnia, budi dan kemurahan-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Ya Arhamar Rahimin. Selamat direstui Allah kepadamu wahai penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga dan sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah Tuhan yang mengurus sekalian alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan