Selasa, 3 Mei 2011

DOA UNTUK MANGSA SIHIR ATAU GUNA-GUNA

Ada banyak doa untuk membantu mangsa sihir atau ilmu hitam, salah satunya ialah doa berikut ini

اللَّـهُـمَّ إِيْمَانًا بِكَ وَتَصْدِيْقًا بِكِتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا بِنَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَقُلْ جَآءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوْقًا. وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَلَا يَزِيْدُ الظَّالِمِيْنَ إِلَّا خَسَارًا . لَا يَسْتَخْلِفَنَّهُمْ وَاذْكُر رَّبَكَ إِذَا نَسِيْتَ . وَقُلْ عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّيْ لِأَقْرَبَ مِنْ هَـذَا رَشَدًا . وَكَانَ اللَّـهُ بِالْمُؤْ مِنِيْنَ رَحِيْمًا.

Ya Allah, dengan beriman kepada-Mu, dengan membenarkan kitab-Mu, dengan memenuhi janji-Mu dan dengan mengikuti nabi-Mu Muhammad s.a.w. Dan katakanlah; yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran tidaklah menambah kepada orang-orang sesat kecuali kerugian. Allah tidak menjadikan mereka khalifah. Dan ingatlah Tuhanmu bila kamu lupa. Dan katakanlah; Semoga Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini. Dan Allah adalah Tuhan yang menyayangi orang-orang mukmin.

Cara:

Bacakan doa di atas pada air minuman dan hembuskan pada air itu sebelum diminum oleh orang yang terkena sihir, atau guna-guna. Amalkan setiap hari. Boleh baca sendiri untuk diri sendiri. Lakukan dengan keyakinan bahawa yang boleh memberi manfaat dan mendatangkan mudharat hanya Allah. Yakinlah dan bersangka baiklah terhadap Allah bahawa takdir Allah tiada satu pun yang sia-sia kerana semuanya ada hikmah. Sebagai orang beriman kita hendaklah berusaha sebagai tanda kita sabar dan redha dengan ujian-Nya. Sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan